AKPK berjaya selesaikan 14,973 kes
Lumpur: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyelesaikan 14,973 kes melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) dengan jumlah keseluruhan RM600.6 juta sehingga 31 Oktober lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Azaddin Ngah Tasir berkata, 648,295 pelanggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan 203,079 daripada mereka dibantu melalui PPK dalam tempoh masa sama sejak AKPK diperbadankan pada 2006.
“Statistik kami menunjukkan individu berumur 30 hingga 50 tahun adalah pelanggan paling ramai mengikuti PPK iaitu 70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pelanggan PPK,” katanya pada pelancaran aplikasi mudah alih
di sini, semalam. Hadir sama, Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon.
Beliau berkata, 42 peratus daripada pelanggan PPK menyatakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah kewangan adalah disebabkan perancangan kewangan lemah.
“Selain itu, kekurangan ilmu pengetahuan untuk merancang kewangan dan tidak hidup mengikut kemampuan berikutan tahap disiplin rendah turut menjadi faktor utama kepada masalah kewangan mereka,” katanya.
Sementara itu, Visa dan AKPK berkerjasama untuk melancarkan aplikasi baru iaitu bagi membolehkan orang ramai meninjau masa depan mereka ketika persaraan dan mengetahui sama ada wang simpanan mereka mencukupi untuk menjalani persaraan.
Ng berkata, aplikasi itu akan membolehkan orang ramai mengambil gambar mereka, menjawab soalan seperti jumlah simpanan setiap bulan, sasaran simpanan untuk persaraan, usia jangkaan untuk bersara.
Menurutnya, aplikasi itu akan membuat pengiraan dan menunjukkan satu imbasan imej mereka selepas bersara dan adakah mereka memiliki kewangan mencukupi untuk bersara serta cadangan mengenai apa yang perlu dilakukan jika keputusan menunjukkan prospek tidak baik untuk persaraan mereka.
boleh dimuat turun untuk pengguna iOS dan Android bermula pertengahan Disember ini.