Harian Metro

TERLAJAK TULAR ‘KONDOM BERDURI’

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Pekerja kedai kosmetik tak sangka video dihasilkan sekadar suka-suka tular di media sosial

Seorang wanita berusia 26 tahun yang menghasilk­an video promosi berserta cara menggunaka­n ‘kondom berduri’ dan tular di Facebook (FB) sejak Selasa lalu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Wanita itu ketika dihubungi semalam berkata, video yang dihasilkan itu hanya suka-suka dan bukan untuk tontonan umum, sebaliknya untuk sepupu dan rakan wanita.

“Saya bukan nak viralkan (tularkan). Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam group WhatsApp dengan tujuan menjualnya kepada mereka.

“Malu sangat selepas viral di FB,” katanya.

Menurutnya, dia bekerja di kedai menjual barangan kosmetik dan majikannya turut menanggung malu.

“Dalam video tu saya juga ada menyebut nama seseorang iaitu sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum, tetapi sepupu dan kenalan wanita saya saja.

“Bagaimanap­un, sehari selepas saya kongsi video itu dalam group WhatsApp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu viral,” katanya.

Menurutnya, bukan dia yang menyebarka­n video itu.

“Harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu.

“Saya sudah memuat naik permohonan maaf di FB, tetapi apabila saya minta maaf, makin ramai yang viralkan.

Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Selasa lalu, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 26 saat yang mempromosi­kan ‘kondom berduri’ oleh seorang wanita.

Wanita itu turut menunjukka­n cara menggunaka­nnya sehingga menerima kecaman netizen.

 ??  ?? WANITA terima kecaman selepas buat video promosi ‘kondom berduri’ yang tular di media sosial.
WANITA terima kecaman selepas buat video promosi ‘kondom berduri’ yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia