Harian Metro

Suami tegur wajah senget sebelah

-

Kuala Lumpur: “Pipi saya bengkak dan keras selepas menjalani rawatan tanam benang,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 34.

Dia mendakwa menjalani pembedahan itu ketika menyertai kursus pembedahan kecantikan anjuran sebuah akademi kecantikan di Johor baru-baru ini.

Maria yang bekerja sebagai pegawai pemasaran berkata, kejadian berlaku selepas dia berkenalan dengan pakar kecantikan yang menawarkan kursus dan perkhidmat­an menerusi aplikasi WeChat Mei lalu.

Katanya, hasil perkenalan singkat itu, dia ditawarkan untuk belajar mengenai prosedur pembedahan menerusi tiga kursus ditawarkan iaitu membabitka­n pembedahan kelopak mata, lesung pipit dan rawatan benang emas.

“Bagi menyertai tiga kursus itu, saya membayar RM20,000 menerusi beberapa transaksi ke akaun bank milik individu terbabit.

“Saya kemudian menghadiri kursus yang diadakan dua hari di Johor dan sesi terbabit disertai empat individu lain serta dikendalik­an tenaga pengajar dari China.

“Pada mulanya mereka mengajar kami melakukan rawatan benang emas dengan menggunaka­n paha ayam sebagai model.

“Namun selepas itu mereka meminta saya menjadi model bagi membuat rawatan benang emas dan pembedahan itu dilakukan tanpa menggunaka­n ubat bius,” katanya.

Maria berkata, pada awalnya seperti tiada kesan sampingan tetapi selepas beberapa minggu pipinya bengkak dan sakit.

“Saya sukar makan dan menelan makanan berikutan daging pipi menjadi tegang dan perit.

“Selain itu saya turut berasa sakit ketika senyum atau bercakap. Suami turut menegur muka saya yang katanya senget sebelah berikutan bengkak di pipi kanan,” katanya.

Katanya, susulan itu dia terpaksa mendapatka­n rawatan dari pakar kulit di sebuah hospital swasta pada 19 Ogos lalu.

“Pakar kulit terbabit melakukan pembedahan dan membuang dua benang emas yang ditanam di dalam pipi saya.

“Saya terpaksa membayar lebih RM3,000 bagi menjalani rawatan itu serta memulihkan wajah saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Linda, 42, berkata, tindakanny­a menggunaka­n khidmat pakar tidak bertauliah untuk menanam benang pada wajahnya hampir menyebabka­n mukanya cacat.

“Saya akui berminat menjalani kaedah rawatan itu selepas pipi mulai kendur dan terdapat banyak garisan pada mata.

“Hasrat mulanya untuk tampak awet muda sebaliknya menyebabka­n benang itu dapat dilihat di bawah kulit selain rasa sakit pada pipi,” katanya yang turut melakukan pembedahan bagi membuang benang itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia