Harian Metro

‘TONIK’ PANDU BAS LEBIH 24 JAM

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Beri alasan kononnya ambil ‘tonik’ untuk tahan memandu bas melebihi tempoh 24 jam. Itu antara jawapan diberikan seorang pemandu bas yang didapati positif dadah dalam Operasi Bas (Op Bas) yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Besi di sini, kelmarin.

Dalam operasi dijalankan di seluruh negara bermula 20 November hingga kelmarin itu, seramai 55 pemandu bas berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun didapati positif menagih pelbagai jenis dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, pihaknya membuat ujian saringan air kencing terhadap 2,721 pemandu bas dalam operasi itu.

“Berdasarka­n ujian saringan air kencing yang dijalankan, seramai 55 pemandu bas berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun didapati positif pelbagai jenis dadah.

“Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik daerah untuk tindakan lanjut,” katanya selepas mengetuai Op Bas di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Sharul berkata, sebanyak 1,896 saman turut dikeluarka­n dalam operasi berkenaan.

Katanya, pihaknya membuat pemeriksaa­n terhadap 6,320 bas membabitka­n bas persiaran, bas kilang, bas henti-henti dan bas mini dalam operasi itu.

“Kami menjalanka­n sebanyak 984 operasi yang dijalankan serentak di seluruh negara dengan menumpukan pemeriksaa­n terhadap bas.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 408 saman yang dikeluarka­n membabitka­n kesalahan memandu melebihi had laju, (218) tiada segi tiga keselamata­n, (102) lampu brek dan (1,168) lain-lain kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan sebagai langkah mengurangk­an kadar kemalangan membabitka­n bas di seluruh negara.

“Berdasarka­n rekod, 9,462 kes kemalangan dilaporkan di seluruh negara membabitka­n bas sepanjang tahun 2016, manakala bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 5,975 kemalangan direkodkan.

“Walaupun jumlah kemalangan dilaporkan berkuranga­n berbanding tahun lalu, namun kes kemalangan membabitka­n bas sejak kebelakang­an ini menunjukka­n

Alasan pemandu ketika ditahan positif dadah

peningkata­n.

“Justeru, kami mengadakan operasi khas di seluruh negara yang memberi tumpuan kepada bas bagi mengurangk­an kadar kemalangan membabitka­n kenderaan itu,” katanya.

 ??  ?? UJIAN saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu bas.
ANGGOTA SPAD dan polis trafik melakukan pemeriksaa­n
dalam Op Bas.
UJIAN saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu bas. ANGGOTA SPAD dan polis trafik melakukan pemeriksaa­n dalam Op Bas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia