Harian Metro

JUADAH MUSIM HUJAN

- Muhamaad Razis Ismail, Ramli Ibrahim, Ismail Muhamad, Mohamad Zulhairie Manzaidi dan Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

Tumpat

Ikan budu yang hanya muncul ketika musim tengkujuh menjadi rebutan penduduk Kelantan sebagai juadah pembangkit selera ketika banjir.

Meskipun baunya sangat ‘istimewa’ seperti ikan pekasam, namun ia enak selepas digoreng bersama telur dan bawang atau dimasak gulai lemak mahupun sambal.

Peniaga ikan budu di Pasar Tumpat, Nor Syamsita Hussin, 37, berkata, cara penghasila­n ikan budu mudah iaitu dengan memerapnya bersama asam jawa atau asam keping bersama garam kasar dan disimpan selama dua atau tiga bulan.

Katanya, ikan digunakan pula adalah sama ada ikan kembung, selayang, tongkol, gelama atau jemuduk.

“Saya sudah lama menjual ikan budu dan hasilkan sendiri menggunaka­n resipi arwah ibu. Proses pemerapan pula makan bulan, jadi saya buat sebelum musim tengkujuh lagi.

“Biasanya saya akan guna ikan yang tidak habis dijual untuk jadikan ikan budu supaya tidaklah membazir,” katanya yang menjual 10 kilogram (km) ikan budu setiap hari.

Menurutnya, harga ditetapkan bergantung kepada jenis dan saiz ikan dengan semurah RM1 seekor bagi ikan selayang manakala RM15 seekor bagi ikan jemuduk.

Nor Syamsita turut menerima pertanyaan daripada pembeli terutama orang luar Kelantan yang bertanyaka­n rasa dan cara memasaknya.

“Ramai juga yang tertukar ikan budu ini dengan ikan pekasam dan ikan jeruk. Selepas dijelaskan, barulah mereka faham dan sebelum memasaknya, ia perlu direndam kira-kira 30 minit untuk mengurangk­an rasa masin dan lebih bersih,” katanya.

Gua Musang

Dia ke rumah ibu bapanya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh, di sini, untuk membantu memindahka­n barang akibat banjir, malam kelmarin.

Bagaimanap­un nasib Rosdi Akiri Ismail, 27, lebih malang apabila pulang ke rumahnya di Kampung Kijal, Limau Kasturi, di sini, dan mendapati rumahnya roboh ditimpa tanah runtuh.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam ketika dia bersama isteri dan anaknya sibuk membantu ibu bapanya menguruska­n barang dan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air.

“Tiba-tiba rakan menelefon meminta saya pulang segera kerana ada tanah runtuh di rumah. Sebaik tiba, saya terkejut lihat bahagian hadapan rumah sudah ranap menyembah bumi.

“Pokok getah tumbang dan lumpur memenuhi rumah saya. Saya bersyukur kami tiada di rumah ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak tolak kemungkina­n tanah runtuh itu berpunca daripada hujan lebat di kawasan terbabit.

“Saya rasa tidak selamat lagi tinggal di sini kerana bimbang kejadian sama berulang.

“Untuk sementara waktu, saya akan tinggal bersama ibu bapa di rumah mereka di RKT Jeram Tekoh,” katanya.

 ??  ?? NOR Syamsita menunjukka­n ikan budu yang diperap dengan asam jawa bersama garam kasar.
NOR Syamsita menunjukka­n ikan budu yang diperap dengan asam jawa bersama garam kasar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia