Harian Metro

NAIK BOT KE MASJID

-

Tumpat

Tumpat

“Selagi masjid tak seley (tenggelam), kito mari solat lagi,” kata Zahari Nawi, 54, penduduk Kampung Simpangan, di sini.

Dia antara lebih 60 jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, di sini, dengan menaiki bot selepas laluan dan kawasan perkampung­an itu dinaiki air, semalam.

Jemaah dilihat bergilir-gilir menaiki bot milik penduduk serta

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan untuk ke masjid itu.

Seawal jam 12.30 tengah hari, mereka sudah berada di masjid terbabit untuk menunaikan solat Jumaat.

Banjir yang melanda kawasan itu sejak tiga hari lalu akibat limpahan air Sungai Golok menenggela­mkan laluan dan pekarangan masjid sedalam 1.5 meter.

Zahari berkata, sudah menjadi rutin mereka untuk menunaikan solat Jumaat ketika banjir dengan menaiki bot setiap tahun.

Katanya, penduduk sudah terbiasa dengan situasi itu dan tidak mahu menjadikan banjir sebagai alasan untuk tidak solat Jumaat.

“Biasanya kami pergi dengan bot sendiri dan menumpang bot jiran,” katanya.

Imam masjid terbabit, Ismail Awang Mat, 67, berkata, sepanjang 11 tahun menjadi imam di masjid itu, dia mendapati kawasan berkenaan akan dinaiki air pada setiap musim tengkujuh.

“Januari lalu, kita sudah alami situasi sama dan solat Jumaat tetap dijalankan seperti biasa kerana air tidak masuk ke dalam masjid.

“Kebiasaann­ya 100 jemaah hadir, namun hari ini (semalam) agak kurang kerana ada yang sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara.

“Bagaimanap­un saya bersyukur kerana solat Jumaat dapat dilakukan hari ini dan saya pun dapat sampaikan khutbah

Maulidur Rasul,” katanya.

 ??  ?? MOHD Zamri meredah banjir untuk menghantar surat di beberapa kampung di Chabang Empat, Tumpat. Januari lalu, kita sudah alami situasi sama dan solat Jumaat tetap dijalankan seperti biasa kerana air tidak masuk ke dalam masjid” PENGUNJUNG masjid menaiki bot disediakan bomba.
ANGGOTA bomba bantu menurunkan pengunjung Masjid Mukim Simpangan
Hilir.
MOHD Zamri meredah banjir untuk menghantar surat di beberapa kampung di Chabang Empat, Tumpat. Januari lalu, kita sudah alami situasi sama dan solat Jumaat tetap dijalankan seperti biasa kerana air tidak masuk ke dalam masjid” PENGUNJUNG masjid menaiki bot disediakan bomba. ANGGOTA bomba bantu menurunkan pengunjung Masjid Mukim Simpangan Hilir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia