Harian Metro

Pelakon tak bantu promosi drama

-

Kuala Lumpur: “Dari awal artis ini tidak berkongsi apa pun bantu promosi drama, artis lain boleh saja,” luah penerbit drama, Fadzil Teh mengenai sikap pelakon drama Misi Laksa & Laksam yang tidak membantu mempromosi­kan drama itu di laman sosial mereka.

Rasa kecewa Fadzil atau Haji Zeel itu diluahkan di laman Facebookny­a.

“Kita tak mau ambil dah artis yang tak mau sokong produk sendiri. Minta promosi pun tak mau. Duit nak mahai,” katanya.

Fadzil ketika dihubungi Harian Metro berkata, pelakon lain tidak berkira membantu promosi sepanjang drama itu bersiaran.

Katanya, dalam kontrak memang tidak dinyatakan setiap pelakon wajib mempromosi­kan drama lakonan masing-masing tetapi sebagai pelakon mereka perlu sedar ini produk mereka.

“Apabila drama berjaya, sedikit sebanyak membantu kelangsung­an kerjaya mereka di stesen TV.

“Dalam soal mempromosi­kan drama di laman sosial, pelakon tidak perlu mengeluark­an satu sen pun. Semua bahan disediakan stesen TV.

“Mereka hanya perlu kongsi dan uar-uarkan saja. Takkan itu pun nak berkira?” katanya.

Fadzil kecewa kerana pelakon itu langsung tidak membantu mempromosi­kan drama lakonannya sejak mula bersiaran. Drama bersiaran di TV3 ketika ini, berbaki beberapa episod lagi.

Walaupun enggan menyatakan secara tepat siapa pelakon dimaksudka­n, tindakan pelakon utama drama itu, Aqasha memuat naik status, seolah-olah menjawab isu dibangkitk­an Fadzil.

“Bukan produser je boleh ada kontrak. Pelakon pun boleh buat. Kau bayar aku lambat sehari, aku charge 5 peratus

“Baru dia tahu menggelupu­r nak cepat. macam esok kiamat. bayar, dia yang kiamat,” tulisnya di laman Facebook.

 ??  ?? FADZIL
FADZIL
 ??  ?? AQASHA
AQASHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia