Harian Metro

LONGLAI DI KERUSI

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@ hmetro.com.my

Warga emas maut selepas tamatkan perarakan sambutan majlis Maulidur Rasul

“Pagi tadi (semalam), saya sempat bersalaman dengannya dan membukakan pintu sebelum suami berangkat ke stadium bagi menyertai perarakan sambutan majlis Maulidur Rasul,” kata Zuraida Abd Rahman, 63.

Bagaimanap­un suaminya, Dr Wan Aminuddin Wan Ab Hamid, 63, meninggal dunia akibat sesak nafas sebaik selesai menamatkan perarakan sejauh 1.8 kilometer dari Stadium Mini Shah Alam ke Stadium Malawati di sini, pada jam 9.20 pagi.

Bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga Setiausaha Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) itu disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Shah Alam oleh pegawai perubatan, kira-kira jam 10 pagi.

Zuraida Abd Rahman berkata, suaminya itu langsung tidak menunjukka­n perubahan pelik sebelum ini.

“Sepanjang pengetahua­n saya, arwah hanya menghidap penyakit darah tinggi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Kontinjen PPKM Mohd Yunos Abd Rahman.

Allahyarha­m Wan Aminuddin meninggalk­an dua anak dan dua cucu. Jenazah beliau dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Hulu Kelang petang semalam.

Dalam pada itu, Mohd Yunos berkata, arwah dilihat dalam keadaan lemah sebaik duduk di kerusi bersebelah­annya.

“Melihat wajahnya yang semakin pucat dan juga tidak bergerak, saya dan rakan lain cuba mendapatka­n bantuan.

“Namun, Allah SWT lebih menyayangi­nya dan dia pergi pada hari Maulidur Rasul ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya menzahirka­n takziah kepada keluarga mangsa.

“Veteran dan pesara kerajaan amat komited serta sentiasa bersemanga­t dalam perarakan

Maulidur Rasul setiap tahun. Namun, Allah lebih menyayangi beliau,” katanya.

 ??  ?? ZURAIDA di sisi jenazah suaminya yang meninggal dunia selepas perarakan sambutan Maulidur
Rasul.
ZURAIDA di sisi jenazah suaminya yang meninggal dunia selepas perarakan sambutan Maulidur Rasul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia