Harian Metro

Rim bergesel sebelum bas terbakar

-

Seramai 40 penumpang termasuk pemandu sebuah bas ekspres terselamat walaupun kenderaan dinaiki musnah terbakar dalam kejadian di Kilometer 201.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah

Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 2.15 pagi memaklumka­n bas terbabit difahamkan dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran pada bahagian belakang sebelah kanan.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kebakaran dipercayai berpunca dari tayar belakang sebelah kanan bas yang pecah hingga menyebabka­n rim tayar bergesel dengan permukaan jalan sebelum mengeluark­an api.

“Bagaimanap­un, semua 40 penumpang termasuk pemandu dan pemandu kedua bas berjaya keluar dengan selamat dan tidak cedera.

“Susulan kejadian itu, laluan di kawasan terbabit dilaporkan sesak sepanjang lima kilometer berikutan kerja pembersiha­n dan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai Nasir Wahab berkata, kebakaran terbabit mengakibat­kan 80 peratus bas ekpress dua tingkat berkenaan musnah.

“Semua penumpang bas kemudian dibawa ke Hentian Rehat & Rawat (RNR) Taiping oleh bas lain yang melalui kawasan itu untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

 ??  ?? BOMBA memadamkan bas yang terbakar.
BOMBA memadamkan bas yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia