Harian Metro

Warga Jerman ditemui mati dalam bilik hotel

-

Kelakuan pelik seorang lelaki warga Jerman sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab selepas dia ditemui mati dalam sebuah bilik hotel di Love Lane di sini, semalam.

Lelaki terbabit Martin Leonhard, 46, ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel dengan kepala berlumuran darah selain terdapat kesan darah pada dinding bilik hotel terbabit.

Ketua Polis Daerah

Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa ditemui pekerja hotel apabila ternampak lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri dengan kedua-dua kakinya berada di luar pintu bilik lalu menghubung­i Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaa­n pasukan perubatan yang mendapati mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan siasatan awal juga mendapati lelaki itu mempunyai masalah tekanan jiwa.

“Ia disahkan melalui surat perubatan yang ditemui polis dan mangsa yang berada di Pulau Pinang sejak 12 November lalu menginap di hotel berkenaan seorang diri.

“Mangsa dikatakan menyewa bilik di hotel berkenaan dengan kadar RM35 sehari dan turut dimaklumka­n pekerja hotel bahawa dia berkelakua­n ganjil sejak empat hari lalu,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa tidak makan nasi dan ketagih alkohol.

“Hasil siasatan awal mendapati kematian itu tidak membabitka­n unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

 ??  ?? MAYAT Martin dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
MAYAT Martin dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia