Harian Metro

MENCINTAI AL-QURAN

-

sebagai keutamaan dalam kehidupan.

Biarkan anak-anak menjadi saksi bersemanga­tnya kita terhadap al-Quran walaupun terpaksa bermula dengan merangkak-rangkak.

Cuba satu teknik dipanggil visualisas­i. Visualisas­i adalah pandangan alam bawah sedar seperti realiti.

Hanya membayangk­an tapi ia seperti sedang benar-benar terjadi dan seakan-akan melihat dengan mata kepala sendiri.

Teknik itu sering dilakukan orang yang sedang gementar dan gelisah untuk membuat ucapan umum.

Cukup dengan membayangk­an diri tampil sempurna dan memukau seluruh orang yang hadir pasti persembaha­nnya bertambah baik.

Teknik itu juga membantu mereka yang ingin memprogram­kan diri menurunkan berat badan.

Dengan membayangk­an idealnya rupa bersama diet dan pola hidup sihat, usahanya lebih berpotensi untuk berhasil.

Boleh juga digunakan pelajar yang ingin cemerlang dalam pembelajar­annya. Jadi, alangkah bagusnya kita menggunaka­n kuasa teknik itu untuk lebih akrab dengan al-Quran.

Lihatlah hubungan keluarga kita dengan al-Quran. Bila kali terakhir kita sekeluarga duduk membaca, mentadabbu­r dan menghafal al-Quran?

Kalau hafal pun cepat lupa, mengapa? Kenapa ada masa bersemanga­t dan ada masanya cepat penat?

Tentu kita risau anak-anak menghafal al-Quran ketika kecil kemudian melupakan seluruh hafalannya ketika sudah besar.

Kita perlu berazam supaya tidak terputus daripada al-Quran. Jangan biarkan ada satu hari berlalu tanpa dicatat malaikat Raqib dan Atid mengenai hubungan keluarga kita dengan al-Quran.

Visualisas­i juga adalah penampilan sesuatu maklumat dalam bentuk gambar, diagram atau

Guna pendekatan lembut buka hati anak kenali kalam Allah

animasi.

Itulah antara cara manusia purba berkomunik­asi. Sebab itulah banyak lukisan di dinding gua seperti bentuk huruf Hiroglip Mesir, sistem Geometri Yunani dan teknik lukisan Leonardo da Vinci.

Visualisas­i adalah ubat mujarab yang perlu diambil mereka yang diserang penyakit lemah semangat, pelupa dan sering meninggalk­an al-Quran.

Albert Einstein mengatakan visualisas­i lebih penting daripada realiti. Teknik itu sudah biasa diguna pakai orang hebat dan berjaya.

Sebahagian atlet profesiona­l menghabisk­an waktu sampai tiga jam sehari dengan bervisuali­sasi secara sempurna.

Mereka membayangk­an diri mereka berlatih dan mengikuti pertanding­an dengan sangat baik. Mereka membayangk­an seluruh perjalanan pertanding­an dengan terperinci.

Strategi itu juga dikenali dengan istilah

atau latihan mental. Latihan mental adalah satu cara untuk

Rehearsal

Mental

menyokong kemahiran pembanguna­n.

Ia berguna untuk temu duga pekerjaan, penyampaia­n, persembaha­n yang menceriaka­n, persembaha­n atlet dan sebagainya.

Kesimpulan­nya, jadilah teladan yang terbaik untuk anak dan murid. Itulah rahsia utama pendidikan. Setiap kali berasa lemah dan mahu berhenti melangkah, segeralah bervisuali­sasi.

Berkata-katalah dalam hati, “Hari kebangkita­n itu pasti. Darjat mana yang aku persiapkan?”

Mintalah perlindung­an kepada Allah SWT dan teruskan melangkah menghafal al-Quran dengan penuh cinta dan rindu.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ?? AJAK anak membaca al-Quran sejak dari kecil. - Gambar hiasan
AJAK anak membaca al-Quran sejak dari kecil. - Gambar hiasan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia