Harian Metro

Penentuan masa darah haid

-

selama sebulan dalam rupa dan warna yang sama.

Pada bulan berikutnya darahnya datang lagi selama sebulan, tetapi 10 hari pertama darahnya berwarna hitam, 10 hari kedua darahnya berwarna merah dan 10 hari berikutnya darahnya berwarna kekuningku­ningan.

Adakah semua darah itu boleh dihukumkan sebagai darah haid?

Kedatangan darah selama tiga hari bagi bulan pertama itu dikira sebagai darah haid. Pada bulan kedua, hendaklah diambil kira pada adat dan kebiasaan berpanduka­n jangka masa kedatangan haid paling lama iaitu 15 hari dan 15 malam. Selebihnya adalah dikira

sebagai darah penyakit.

3. Seorang perempuan mendapati darah haidnya datang selama tiga hari. Tiba-tiba darahnya berhenti selama 12 hari. Selepas itu, datang lagi selama tiga hari dan berhenti.

Adakah masa berhenti darah itu masih boleh dikaitkan dengan masa kedatangan darah sebelumnya atau tidak?

Darah yang datang kali pertama selama tiga hari itu dikira sebagai darah haid. Sementara 12 hari selepas berhenti darah itu dikira sebagai masa suci.

Oleh kerana paling singkat tempoh suci bagi seorang perempuan ialah 15 hari dan 15 malam, maka kedatangan darah selama tiga hari selepas itu (tidak dikira sebagai darah haid) bahkan dianggap sebagai darah fasid kerana untuk mencukupka­n bilangan hari sucinya selama 15 hari.

Dalam keadaan itu, hendaklah dirujuk kepada kaedah asal, tidak kira sama ada darah yang datang itu berhenti atau terus berkekalan.

Kaedah asal menyebut, paling cepat darah haid bagi seorang perempuan ialah satu hari satu malam. Ini bererti, kalau darah yang datang itu tidak sampai sehari semalam, maka itu bukan darah haid.

Kalau darahnya datang melebihi 15 hari, itu bukan darah haid lagi bahkan dianggap sebagai darah penyakit.

4. Seorang wanita mengandung tiba-tiba keguguran. Dengan berlakunya keguguran itu adakah terjadinya nifas dan diharamkan solat, puasa, melakukan hubungan kelamin atau segala mukadimahn­ya?

Ia dianggap sebagai nifas jika dia mendapati ada darah keluar selepas keguguran dalam tempoh masa 15 hari dari tarikh keguguran.

Sekiranya darah itu datang 15 hari selepas keguguran, maka itu dinamakan darah haid.

5. Sekiranya seorang perempuan itu tidak dapat memastikan waktu datangnya haid dan bilangan hari dia didatangi haid, apakah hukumnya?

Perempuan mutahayyir­ah iaitu langsung tidak ingat waktu mula datang haidnya dan tidak ingat bilangan harinya, maka hukumnya dikira seperti perempuan yang dalam keadaan haid.

Haram ke atas suami menyetubuh­inya, bercumbu dengannya dan diharamkan ke atasnya membaca al-Quran, tetapi dihukum seperti perempuan suci ketika menceraika­nnya.

Apabila hendak mengerjaka­n ibadat yang memerlukan niat seperti solat, tawaf dan puasa, maka dia diwajibkan mandi setiap kali hendak mengerjaka­nnya jika dia tidak ingat waktu putus haidnya.

Demikian dinyatakan dalam

Kitab Fathul Wahhab.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia