Harian Metro

Beri khidmat terbaik

-

Tawau Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang bagi penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat

Negeri Sabah 2017, Superinten­dan Douglas Nyeging Ak Taong, 47, memberikan perkhidmat­an terbaik kepada negara.

Anugerah itu diberi kepada anak kelahiran Kapit, Sarawak, kerana semangat dan sikap saling membantu yang sentiasa terjalin antara dirinya dengan masyarakat sepanjang lima tahun berkhidmat di negeri ini.

Komitmen beliau dalam aktiviti kemasyarak­atan menerusi program Kepolisian Komuniti dan program

dapat dilihat ketika berkhidmat di beberapa daerah termasuk Labuan, Keningau dan kini sebagai Ketua Polis Daerah Kudat.

Beliau berkata, pengikhtir­afan yang diberikan itu hasil usahanya memberi mesej perpaduan dan keselamata­n kepada masyarakat di negeri ini.

“Ia hasil sumbangan dan usaha keras saya yang tidak mengira bangsa, agama atau kaum seseorang dalam menjaga keselamata­n negara dan meningkatk­an perpaduan.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada kakitangan masjid dan surau kerana sudah memberi peluang untuk saya memberi ceramah atau taklimat berkaitan mesej keselamata­n dan perpaduan sehingga saya mendapat anugerah ini,” katanya selepas menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah yang disampaika­n oleh Ketua

Menteri, Tan Sri Musa Aman, di Padang Bandaran, semalam. Dalam pada itu, beliau turut berharap tugasnya dalam menyampaik­an mesej menjaga keselamata­n dan perpaduan masyarakat ini dapat diteruskan oleh individu lain supaya kemakmuran negara dapat dikecapi tanpa mengira latar belakang agama.

“Saya sering masuk ke rumah ibadah masjid dan surau bagi menyampaik­an taklimat yang memberi impak positif kepada masyarakat. “Saya harap, apa yang saya lakukan ini boleh menjadi teladan kepada individu lain tanpa mengira agama dan kaum,” katanya.

 ??  ?? UMAT Islam berarak bermula dari Masjid India dalam menyusuri Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Ampang, Jalan Ampang pada Perarakan Maulidur Rasul anjuran Kelab Belia Muslim Malaysia (MMYC).
UMAT Islam berarak bermula dari Masjid India dalam menyusuri Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Ampang, Jalan Ampang pada Perarakan Maulidur Rasul anjuran Kelab Belia Muslim Malaysia (MMYC).
 ??  ?? AK Taong
AK Taong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia