Harian Metro

Polis tubuh pasukan khas siasat kerugian forex BNM

-

Polis Diraja Malaysia sudah menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ketua Polis Negara

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan kelmarin sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.

“Kita sudah menerima laporan itu dan akan menyiasat perkara ini dari semua sudut.

“Setakat ini, pasukan khas sudah ditubuhkan bagi meneliti kes ini… beri kami masa,” katanya.

Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk

Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu akan dipanggil untuk diambil keterangan, beliau berkata mereka akan dipanggil sekiranya perlu.

“Siasatan masih baru diambil alih Bukit Aman... jangan buat sebarang andaian. Mereka akan dipanggil berdasarka­n keputusan siasatan yang kita lakukan,” katanya.

Semalam, Setiausaha Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga

Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarka­n syor dan rumusan RCI mengenai kemungkina­n berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjay­a itu.

Laporan setebal 400 muka surat itu dibentangk­an di Parlimen kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia