Harian Metro

UMPAN GAJI LUMAYAN

- Omar Osman am@hmetro.com.my

Seorang gadis berusia 16 tahun dan tiga remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup bekerja sebagai operator perjudian dalam talian kerana tertarik dengan upah RM1,500 sebulan sejak Oktober lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu sebuah rumah di Taman Petani Jaya di sini, sekali gus menahan enam individu termasuk remaja terbabit berusia antara 16 dan 21 tahun, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al-Athrash Wahid berkata, pihaknya melakukan serbuan Op Dadu dan Op Judi Online (JOL) pada jam 7.45 malam selepas menerima maklumat berhubung kegiatan sindiket perjudian dalam talian.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas tujuh unit komputer, komputer riba, 17 telefon bimbit, dua mesin pengira, enam buku, 16 sim kad, dua modem dan kertas catAtan urusan perjudian.

“Remaja perempuan dan lima lelaki yang ditahan ini dipercayai bekerja sebagai operator judi dengan sindiket terbabit yang beroperasi sejak Oktober lalu. Siasatan awal percaya mereka beroperasi antara jam 10 pagi hingga 12 tengah malam menggunaka­n aplikasi

Dua remaja ditahan sanggup jadi operator judi dalam talian

WhatsApp dan WeChat,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan turut mendapati pekerja terbabit menerima upah berjumlah RM1,500 sebulan manakala pendapatan diperoleh sindiket terbabit paling minimum sekitar RM3,000 sehari.

“Siasatan juga mendapati mereka yang ditahan tidak memiliki rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia