Harian Metro

BOS KEBAS RM350,000

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

ewujudkan syariKuant­ankat

atas nama isteri selain menggunaka­n pendaftara­n nama syarikat yang hampir sama dengan syarikat di mana dia bekerja sebelum memperdaya­kan 48 bakal jemaah umrah membabitka­n kerugian lebih RM350,000.

Itu taktik licik dilakukan seorang pengurus cawangan berusia 47 tahun apabila dikesan mengambil kesempatan atas kedudukann­ya dalam sebuah syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di daerah ini dengan mengaut pembayaran wang bakal jemaah umrah yang dibuat ke akaun syarikat miliknya.

Suspek dikatakan menggunaka­n modus operandi mencari pelanggan yang ingin mengerjaka­n umrah dengan mewakili syarikat di mana dia bekerja sebelum memberikan butiran akaun milik syarikat yang didaftarka­n atas nama isterinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah

MKomersial Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian terbaru, suspek dikesan memperdaya seorang pesara guru membabitka­n kerugian lebih RM40,000, September lalu apabila menggunaka­n modus operandi sama untuk menipu lelaki berusia 62 tahun itu.

“Apabila mangsa menghubung­i syarikat yang diwakili suspek, syarikat itu memaklumka­n mangsa tidak pernah membuat pembayaran ke akaun agensi pengurusan umrah terbabit.

“Mangsa kemudian mengesyaki dia diperdaya suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuantan, Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, bertindak hasil maklumat diberikan mangsa, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang kemudian menahan dua suspek termasuk isteri lelaki terbabit berusia 43 tahun di sebuah premis di daerah ini, Selasa lalu.

Mohd Wazir berkata, siasatan awal mendapati dua suspek berkenaan dipercayai aktif sejak lima bulan lalu dengan mengaut wang pembayaran dibuat jemaah umrah menggunaka­n akaun syarikat ditubuhkan mereka.

Lelaki ambil kesempatan perdaya 48 jemaah umrah

 ?? Mohd Wazir ?? Mangsa mengesyaki dia diperdaya suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuantan”
Mohd Wazir Mangsa mengesyaki dia diperdaya suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuantan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia