Harian Metro

SINGGAH 3 HARI

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

 50 finalis pertanding­an RCPA 2017 tiba di Langkawi

Seramai 50 finalis pertanding­an Ratu Cantik Pelanconga­n Antarabang­sa (RCPA) 2017 tiba secara berperingk­at untuk lawatan tiga hari ke pulau peranginan ini, semalam.

Kumpulan pertama 10 jelitawan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LIA) di Padang Matsirat di sini, jam 9.50 pagi.

Mereka mewakili 60 negara akan menyertai pertanding­an RCPA edisi ke-20 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 31 Disember ini dengan Malaysia selaku tuan rumah akan diwakili penuntut, Melissa Ng Sook Khuan, 24, yang juga model sambilan.

Ketibaan mereka disambut Pengurus Pelanconga­n Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) Nor Aznan Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelanconga­n Langkawi Zainudin Kadir.

Nor Aznan berkata, kumpulan ratu cantik terbabit turut berkesempa­tan mengambil gambar kenangan dengan orang ramai sebelum dibawa dengan bas ke Air Hangat Village dan Kompleks Kraf Langkawi untuk lawatan.

Katanya, sektor pelanconga­n Langkawi diyakini mendapat manfaat besar terutama dalam limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia sempena RCPA selepas kali pertama dianjurkan pada 1994. Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, seramai 6,000 peserta dijangka menyertai Larian Menjunjung Kasih pada 17 Disember depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembanguna­n Usahawan Selangor Amirudin Shari berkata, acara larian sejak 2015 itu dianjurkan khas bagi sambutan hari keputeraan baginda.

“Terdapat sedikit kelainan pada penganjura­n kali ketiga ini berbanding sebelumnya kerana program ini diadakan di atas jambatan ketiga Klang yang dirasmikan Sultan Sharafuddi­n.

“Ia bagi mempamerka­n rasa kasih dan sayang kepada baginda selain menggalakk­an masyarakat aktif bersukan,” katanya pada sidang media larian itu di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohd Zubir Idrus.

Kata Amirudin, program itu akan dirasmikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Menurutnya, acara larian kali ini turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM200 sehingga RM700 kepada peserta.

“Ia merangkumi lima kategori larian sejauh lima dan 10 kilometer (KM) iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita, Veteran Lelaki dan Wanita serta

katanya. Pendaftara­n masih dibuka sehingga 12 Disember ini dan peserta yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang www.racexasia.com.

Fun Run,”

Family

 ??  ?? KUMPULAN pertama finalis
RCPA 2017 tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi.
KUMPULAN pertama finalis RCPA 2017 tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia