Harian Metro

RM9.90 BOLEH BERSUNAT

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Seramai 203 kanak-kanak dirai dalam Majlis Berkhatan Perdana

Seramai 203 kanak-kanak diarak dengan menaiki empat lori dan direndam di dalam dua kolam bagi menghilang­kan perasaan takut ketika berkhatan pada Majlis Berkhatan Perdana di sini, semalam.

Malah, mereka turut diarak dengan paluan kompang selain disembur air menggunaka­n paip bomba bagi memeriahka­n lagi suasana pada majlis berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Sepang Noorazli Said berkata, program julung kali diadakan itu adalah satu daripada aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu masyarakat melaksanak­an ibadah yang dituntut dalam Islam.

“Program kali ini berjalan dengan lancar dan difahamkan ada dalam kalangan peserta yang tiba seawal jam 7 pagi dengan ditemani ibu bapa masing-masing.

“Mereka juga kelihatan teruja dan tidak sabar untuk menempuh pengalaman baru memasuki alam dewasa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berkhatan Perdana di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Shahrum Mohd Sharif, Ketua UMNO Bahagian Sepang Datuk Marsum Paing, Ketua MCA Bahagian Sepang Datuk Ng Chok Sin dan Pengarah Program Azwan Muhamad.

Majlis Berkhatan Perdana itu dianjurkan Pemuda UMNO Sepang dengan kerjasama UMNO Selangor dan Bahagian Sepang.

Dalam pada itu, Noorazli berkata, penyertaan kali ini sangat menggalakk­an sehingga pihaknya terpaksa mengehadka­n jumlah peserta bagi memberi keselesaan kepada mereka serta kakitangan perubatan yang menjalanka­n tugas.

“Peserta hanya dikenakan bayaran RM9.90 untuk menyertai aktiviti berkhatan ini manakala selebihnya ditanggung Pemuda UMNO Sepang dan Selangor.

“Bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan boleh dikatakan murah. Ini adalah usaha kami untuk membantu meringanka­n perbelanja­an ibu bapa terutama yang berpendapa­tan rendah,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmat­an berkhatan itu dilaksanak­an kakitangan Kementeria­n Kesihatan dengan dibantu beberapa ahli Pemuda UMNO Sepang.

“Program kemasyarak­atan ini akan diteruskan pada masa akan datang namun kita berharap supaya lebih banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu dan terbabit dalam penganjura­n aktiviti seperti ini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? KANAK-KANAK dibawa menaiki lori pada Program Berkhatan Perdana Parlimen Sepang di IKTBN, Sepang.
FOTO: KANAK-KANAK dibawa menaiki lori pada Program Berkhatan Perdana Parlimen Sepang di IKTBN, Sepang.
 ??  ?? NOORAZLI (kiri) membantu ibu bapa mententera­mkan kanak-kanak yang dikhatanka­n.
NOORAZLI (kiri) membantu ibu bapa mententera­mkan kanak-kanak yang dikhatanka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia