Harian Metro

TUGAS MULIA JAGA NEGARA

- Faliq Lajim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

Ketua Pengarah Imigresen dianugerah Tokoh Khalid Al-Walid

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, semalam berkenan menganuger­ahkan lima tokoh sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor.

Antara penerima utama adalah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang dianugerah­kan sebagai Tokoh Khalid Al-Walid.

Mustafar berkata, dia amat menghargai anugerah itu yang melambangk­an tugasan jitu beliau di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Apabila menyebut nama Khalid Al-Walid, beliau adalah panglima perang semasa zaman Rasulullah SAW.

“Maka, itu tugasan yang kita laksanakan di JIM. Kita bukan berperang namun tindakan bagi memastikan negara bersih daripada pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Majlis dirasmikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Lebih 4,700 peserta daripada 94 kontinjen menyertai perarakan itu yang bermula dari Stadium Mini Shah Alam ke Stadium Malawati, di sini.

Perarakan sejauh 1.8 kilometer itu diketuai Tengku Amir Shah bersama jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Empat penerima lain ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Menengah Persekutua­n Kajang, Faris Akmal Aminuddin, 17, bagi Tokoh Saidina Ali, pesara guru Datin Aminah Zakaria 72, (Tokoh Saidatina Khadijah), Nazir Masjid Baitul Mahabbah Seksyen 27 Shah Alam Md Sahari Abdullah, 65, (Tokoh Imam Al-Ghazali) dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Mukhyuddin Ibrahim, 49, (Tokoh Umar Abd Aziz).

Menurut Mustafar, apa yang dilaksanak­an JIM khusus bagi menentukan kedaulatan dan keselamata­n negara tanpa sebarang kompromi.

“Tindakan kita dibuat melalui pembersiha­n demi menjaga negara supaya tidak dicemari dan dibolosi apa-apa anasir yang tidak diingini.

“Anugerah ini akan dijadikan sebagai pemangkin dan motivasi kepada seluruh warga kerja JIM dalam melaksanak­annya secara berterusan,” katanya. Terdahulu, perarakan itu diiringi bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad dengan baju seragam peserta yang membawa sepanduk daripada kontinjen masing-masing.

Tengku Amir Shah tiba di Stadium Malawati bersama peserta perarakan pada jam 9.30 pagi dan mendengar tazkirah khas serta persembaha­n nasyid dan berselawat.

 ??  ?? DARI kiri, Aminah, Md Sahari, Faris, Mustafar dan Mukhyuddin menunjukka­n sijil yang diterima mereka sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.
DARI kiri, Aminah, Md Sahari, Faris, Mustafar dan Mukhyuddin menunjukka­n sijil yang diterima mereka sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia