Harian Metro

JUALAN MEMBERANGS­ANGKAN

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam@ hmetro.com.my

 LBS optimis rumah bandar, rumah teres dua tingkat bagi fasa 1 dan 2 di LBS Alam Perdana, Ijok habis dijual hujung tahun ini

Pemaju perbandara­n, LBS Bina Group Berhad (LBS) optimis rumah bandar dan rumah teres dua tingkat bagi fasa 1 dan 2 di pembanguna­n perbandara­n terbaharun­ya, LBS Alam Perdana, Ijok di sini, akan habis dijual hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, ia berdasarka­n penjualan memberangs­angkan bagi dua pembanguna­n pertama perbandara­n itu iaitu Simfoni Perdana dan Irama Perdana, bulan lalu.

“Sebanyak 349 unit rumah teres dua tingkat bagi fasa 1 yang ditawarkan sudah habis dijual manakala sebanyak 186 unit bagi rumah bandar fasa 1 yang ditawarkan juga sudah 90 peratus terjual.

“Bagi fasa 2 rumah teres dua tingkat, kita menawarkan sebanyak

324 unit rumah dan ia mendapat sambutan baik dalam kalangan pembeli,” katanya ketika ditemui di Galeri Jualan LBS Alam Perdana, Puncak Alam, dekat sini.

Menurut Lim, LBS

Alam Perdana turut menyediaka­n 512 unit rumah bandar untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang bakal dilancarka­n khusus untuk kakitangan kerajaan, Januari tahun depan.

Selain itu, katanya, pembanguna­n komersial dan pembanguna­n rumah mampu milik di bawah program Rumah

Selangorku (RSK) turut dirancang.

Beliau berkata, Simfoni Perdana terdiri daripada 980 unit rumah bandar dua tingkat berharga RM368,000 bagi tingkat atas dan RM388,000 (tingkat bawah) dan setiap unit rumah bandar itu mempunyai kawasan binaan kasar 1,191 kaki persegi dan tiga bilik tidur serta dua bilik air.

Irama Perdana yang terdiri daripada 673 unit rumah teres dua tingkat ditawarkan pada harga menarik bermula daripada RM480,000 dengan setiap unit mempunyai kawasan binaan kasar 1,208 kaki persegi yang dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik air.

Menurutnya, keistimewa­an diskaun sebanyak tujuh peratus ditawarkan kepada Bumiputera.

Katanya, perbandara­n yang berkeluasa­n 190 hektar (470 ekar) itu adalah rangkaian kejiranan yang terancang rapi dan dikeliling­i kemudahan yang menggalakk­an kehidupan komuniti termasuk ciri keselamata­n kawasan berpagar serta mempunyai pengawal keselamata­n.

“LBS Alam Perdana juga mempunyai taman lorong belakang, lorong laluan hijau yang menghubung­kan setiap unit perumahan yang berperanan mengetenga­hkan alam dalam kehidupan seharian dan memberi motivasi kepada penduduk untuk mengamalka­n gaya hidup aktif.

“Bagi meningkatk­an interaksi sosial dalam komuniti, perbandara­n ini dilengkapi taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pusat komuniti yang menyediaka­n gelanggang badminton dalaman, tadika dan perpustaka­an awam,” katanya.

Terletak strategik di barat laut Lembah Klang, penduduk LBS Alam Perdana mempunyai akses yang mudah melalui Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Guthrie (GCE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE),

Lebuhraya

Utara-Selatan (PLUS) dan akan datang

Lebuhraya Damansara-Shah

Alam (DASH).

LBS Alam Perdana adalah perbandara­n ideal untuk didiami dengan mengambil kira lokasi bandar berdekatan seperti Shah Alam, Damansara Perdana, Meru dan Sungai Buloh.

Ia terletak hanya 25 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan hanya 6 km dari kampus UiTM Puncak Alam.

Fasa pembanguna­n seterusnya merangkumi rumah teres, rumah berkembar, pangsapuri dan unit komersial.

 ??  ?? LIM bersama model rumah teres dua tingkat sempena Majlis Pelancaran Pembanguna­n Perbandara­n Terbaharu LBS Alam Perdana di Ijok.
LIM bersama model rumah teres dua tingkat sempena Majlis Pelancaran Pembanguna­n Perbandara­n Terbaharu LBS Alam Perdana di Ijok.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia