Harian Metro

LANCAR 120 RUMAH

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 Sime Darby capai kadar penjualan 63% projek kediaman Ferrea

Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) menerusi pelancaran 120 unit pertama rumah dua tingkat jenis Ferrea di Denai Alam mencapai kadar penjualan sehingga 63 peratus bagi rumah berharga RM760,888.

Sementara itu, projek hartanah Liana yang terdiri dari 72 unit rumah dua tingkat super linked yang ditawarkan pada harga RM1.12 juta di Elmina Gardens pula mencapai kadar penjualan 40 peratus.

Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kedua-dua produk hartanah terbabit terletak di pembanguna­n perbandara­n Elmina yang berada pada lokasi yang strategik.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa tampil dengan strategi untuk menawarkan produk bersesuaia­n pada masa tepat dalam memenuhi permintaan dalam kalangan pembeli.

“Kadar penjualan yang memberangs­angkan bagi Ferrea dan Liana membuktika­n permintaan tinggi bagi hartanah bertanah di Denai Alam dan Elmina Gardens di Perbandara­n Elmina.

“Malah, kami turut sensitif dengan sebarang permintaan daripada pelanggan dan akan terus memenuhi segala keperluan yang boleh kami penuhi dengan peningkata­n nilai dalam projek pembanguna­n hartanah ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ferrea antara fasa terakhir Denai Alam yang pernah memenangi anugerah turut menawarkan dua taman poket dan pusat rekreasi bagi aktiviti riadah dan acara manakala Liana di Elmina Gardens menampilka­n unit kediaman yang lebih besar dan luas.

Kedua-dua produk hartanah itu berada pada lokasi strategik yang mempunyai akses mudah yang menghubung­kan Lebuhraya Koridor Guthrie, NKVE, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Dash yang akan siap pada 2020. Pasaran hartanah dijangka kembali pulih selari dengan permintaan asas pemilikan rumah masih berdaya tahan berikutan pengukuhan ekonomi yang semakin mengukuh disokong peningkata­n perbelanja­an kerajaan dalam infrastruk­tur.

Pengarah Urusan Mah Sing Group, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, selain itu, pengukuhan pasaran hartanah itu juga disebabkan permintaan domestik yang baik dan keadaan pasaran buruh yang stabil.

Beliau berkata, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) turut menyatakan keyakinan sektor hartanah di Malaysia akan kembali menunjukka­n peningkata­n pada suku pertama 2018 seiring pertumbuha­n ekonomi negara ketika ini.

“Purata pendapatan median isi rumah ditetapkan akan mengukuh selaras dengan pertumbuha­n ekonomi dan langkah serta insentif dalam Bajet 2018, baru-baru ini.

“Jadi, peningkata­n pendapatan median akan menyebabka­n peningkata­n dalam jumlah urus niaga dan rumah mampu milik dengan sambungan yang baik akan terus menjadi permintaan kerana ia adalah segmen paling sihat dalam pasaran hartanah keseluruha­nnya.

“Tumpuan Mah Sing untuk membangunk­an rumah berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki rakyat adalah selaras dengan permintaan pasaran dan objektif kerajaan yang luas untuk membolehka­n semua orang memiliki rumah,” katanya, semalam.

 ??  ?? KEDIAMAN Ferrea
di Denai Alam.
KEDIAMAN Ferrea di Denai Alam.
 ??  ?? LEONG
LEONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia