Harian Metro

MKH lancar projek Midori, Hiroki

-

Kuala Lumpur: MKH Berhad (MKH) melancarka­n projek hartanah Kajang 2 iaitu Presint 2 Fasa 3 dan Fasa 4 masing-masing dikenali sebagai Midori dan Hiroki di pusat jualannya, baru-baru ini.

Pengarah Hartanah MKH, Datuk Chong Yong Han berkata, dalam masa dua hari pelancaran­nya, kedua-dua fasa bagi projek itu berjaya meraih kadar penjualan sehingga 70 peratus membuktika­n permintaan baik bagi projek terbabit.

Menurutnya, Kajang 2 Presint 2 adalah sebahagian daripada projek pembanguna­n perbandara­n Kajang 2 seluas 216.5 hektar yang terletak tiga kilometer (KM) dari Stesen Pertukaran KTM dan MRT Kajang.

“Kedua-dua fasa berkenaan menawarkan sehingga 184 unit rumah teres dua tingkat yang direka khas dengan konsep minimalis pada bahagian landskapny­a.

“Selain itu, antara ciri-ciri menarik projek terbabit adalah 13.54 ekar tasik yang dipenuhi bunga lili, laluan bunga ceri dan taman buluh,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Rumah teres dua tingkat itu mempunyai kawasan binaan 2,072 kaki persegi dan setiap unit mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air dengan dua siling di bahagian tingkat atas untuk ruang keluarga.

Kajang 2 adalah projek perbandara­n berintegra­si pertama oleh MKH yang dibangunka­n dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) bernilai RM5 bilion yang disasarkan kepada golongan pelabur, keluarga dan mereka yang mementingk­an ciri keselamata­n dan gaya hidup mewah. Empire Asia Events Marketing Sdn Bhd, penganjur pameran produk kediaman HOMElove optimis mampu menjana jualan RM20 juta sepanjang penganjura­n siri terakhir acara itu yang bermula pada 1 hingga 3 Disember ini di Pusat Pameran MidValley, Kuala Lumpur.

Pengurus Kanan Acara Jualan dan Pemasarann­ya, Stephanie Cheah berkata, syarikat turut menjangkak­an acara itu dapat menarik 100,000 pengunjung berikutan ia diadakan pada hari cuti umum dan musim persekolah­an yang baru bermula minggu ini.

“Kami yakin acara ini mendapat sambutan dalam kalangan pengunjung kerana ia menawarkan pelbagai hadiah, ganjaran dan harga menarik bagi semua jenis barang keperluan kediaman,” katanya kepada media pada hari pertama HOMElove di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya kekal positif dengan sambutan dan jualan bagi tujuh siri acara itu bagi sepanjang tahun ini dan menjangkak­an mampu mencatatka­n nilai jualan keseluruha­n sebanyak RM100 juta.

“Kami lihat trend masa kini menyaksika­n penganjura­n acara yang menawarkan semua jenis produk kediaman di bawah satu bumbung mendapat sambutan lebih baik berbanding jualan di kedai khusus,” katanya.

 ??  ?? MKH melancarka­n projek hartanah Kajang 2 dikenali sebagai Midori dan Hiroki.
MKH melancarka­n projek hartanah Kajang 2 dikenali sebagai Midori dan Hiroki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia