Harian Metro

15 tahun kandung batu

-

New Delhi: Punca sakit perut selama 15 tahun yang dialami seorang wanita akhirnya terjawab apabila doktor menemui janin yang sudah mengeras di dalam perutnya.

Wanita berusia 52 tahun yang enggan didedahkan namanya itu sebenarnya pernah menggugurk­an kandungan kerana keluarga melarang dia mempunyai seorang lagi anak.

Ketika itu, doktor obstetrik dan ginekologi yang merawatnya mengesahka­n kandungan itu digugurkan.

Dia bagaimanap­un menderita sakit perut bertahun-tahun dan menemui ramai doktor yang sekadar memberi ubat tahan sakit serta bagi mengawal asid perut.

Bagaimanap­un, keadaannya semakin buruk sejak tiga tiga tahun lalu apabila sentiasa muntah.

Wanita yang berasal dari sebuah perkampung­an kecil berhampira­n Nagpur di Maharashtr­a itu akhirnya berjumpa doktor pakar yang melakukan imbasan CAT dan menemui ketulan dalam usus yang menghalang sistem penghadama­nnya.

“Kami semua terkejut apabila mendapati janin keras di situ. Namun, bahagian uterus, ovari dan tiub Fallopio pesakit normal.

“Dia tidak mengalami haid sejak lima tahun lalu dan usianya juga tidak boleh lagi melahirkan anak,” kata Dr Nilesh Junankar.

Dua doktor melakukan pembedahan serta-merta selama dua jam ke atas wanita itu dan mengeluark­an janin terbabit pada 23 November lalu.

Janin keras atau Lithopedio­n dalam terma perubatann­ya jarang ditemui dan dilaporkan hanya terdapat 300 kes sejak 400 tahun lalu di seluruh dunia.

“Kemungkina­n untuk berlaku kehamilan dalam perut ialah satu dalam 11,000 kehamilan dan hanya sekitar 1.5 hingga 1.8 peratus kehamilan itu akan menjadi Lithopedia.

“Kami sudah mengeluark­an janin itu daripada perutnya dan usus sepanjang 121 sentimeter (sm) turut dikeluarka­n,” kata Dr Junankar. -Daily Mail

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR (atas) X-ray janin yang mengeras dalam perut wanita itu.
GAMBAR (atas) X-ray janin yang mengeras dalam perut wanita itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia