Harian Metro

MATI TIRU TV

-

 Budak tujuh tahun bakar diri sendiri kerana

mahu ikut aksi watak sakti kegemaran

itu tidak berulang kepada kanak-kanak lain.

Menurut ibunya, Chaitra, anaknya begitu taasub dengan rancangan bersiri di televisyen terutamany­a Nandini, drama bersiri yang mempunyai kuasa sakti.

Chaitra bekerja sebagai pembantu rumah manakala suaminya, Manjunath pekerja gaji harian dan mereka meninggalk­an Prarthana di rumah jiran apabila keluar bekerja setiap hari.

“Dia memang menghabisk­an sepanjang hari di rumah jiran kami itu dan tidak akan terlepas menonton drama bersiri kegemarann­ya.

“Namun kami tidak menyangka dia begitu terpengaru­h dengan Nandini sehingga mahu melakonkan semula adegan yang menunjukka­n watak berkenaan menari dalam keadaan diselubung api,” katanya.

Prarthana dilaporkan lari pulang ke rumah tanpa disedari jirannya itu sebelum mengambil beberapa helai kertas dan menyimbah badannya dengan minyak tanah serta membakar dirinya sambil menari.

Dia sebelum itu sempat mengajak adik perempuann­ya menari bersama.

Bagaimanap­un, adiknya itu ketakutan melihat tindakanny­a dan segera berlari ke rumah jiran mereka memaklumka­n perkara berkenaan.

Prarthana dikejarkan ke hospital kerajaan di Harihar tetapi dipindahka­n ke hospital swasta di Davangere.

Malangnya, dia meninggal dunia keesokanny­a akibat lecuran teruk dialami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia