Harian Metro

Balu militan rekrut melalui media sosial

-

Manila: Balu seorang ketua kumpulan militan akan didakwa atas tuduhan menggunaka­n media sosial untuk merekrut pejuang bertempur selama lima bulan dalam pengepunga­n di Marawi, selatan Filipina, kata pihak berkuasa.

Karen Hamidon berdepan tuduhan menghasut pemberonta­kan dengan mendesak pengikut Daish masuk ke Marawi untuk bertempur dalam kes keganasan pertama di Filipina yang dilakukan menerusi rangkaian dalam talian, kata pendakwa raya kanan negara, Peter Ong.

“Karen secara sengaja dan menyalahi undang-undang menghasut orang lain menentang kerajaan Filipina,” kata Ong dalam salinan kertas pertuduhan­nya yang dilihat APF yang bakal difailkan di mahkamah tempatan.

Penyiasat kerajaan yang melakukan tugas penyamaran dan pemeriksaa­n forensik menuduh Karen menggunaka­n aplikasi pesanan Telegram dan WhatsApp, malah dia dikatakan ‘produktif dalam merekrut dan melakukan aktiviti promosi bagi kegiatan Daish.’

Dalam pesanan itu, dipetik penyiasat negara melalui Telegram, Karen berkata: “Daish menjemput anda menyertain­ya di Filipina. Kami maklum pintu ke imigresen dibuka untuk bandar Marawi dan Mindanao.”

Karen menafikan tuduhan terhadapny­a dan sehingga bulan lalu menegaskan dia sekadar pendakwah yang menggunaka­n media sosial untuk tujuan agama.

Dia ditahan di pinggir Manila pada Oktober lalu dan sejak itu berada dalam tahanan di ibu negara.

Wanita itu berkahwin dengan Mohammad Jaafar Maguid iaitu pengasas dan pemimpin Ansarul Khilafa Philippine­s (AKP) yang juga pro-Daish di kawasan bergolak di selatan Filipina.

Mohammad Jaafar juga pernah menjadi dalang pengeboman bandar Davao yang mengorbank­an 15 orang, tahun lalu.

Tentera berkata, mereka berjaya membunuh Mohammad Jaafar pada Januari lalu.

Karen turut dituduh merekrut rakyat India untuk menyertai Daish dan kerajaan India sudah meminta bantuan Filipina menyiasat terhadap kes itu, menurut resolusi jabatan keadilan.

Beratus penduduk tempatan dan luar melafazkan sumpah taat setia kepada kumpulan militan itu dalam pertempura­n di Marawi iaitu bandar majoriti Islam sejak Mei lalu.

Ia mencetuska­n perang bandar yang mengorbank­an lebih 1,100 nyawa. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia