Harian Metro

Bekas marin dijel seumur hidup

-

Tokyo: Seorang bekas marin di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) semalam dihukum penjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh seorang wanita tempatan di pulau Okinawa, menurut media tempatan.

Kenneth Franklin Shinzato, 33, bekas anggota AS yang bertugas di Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, ditahan tahun lalu kerana melupuskan mayat mangsa dan didakwa atas tuduhan membunuh serta serangan seksual yang membawa hukuman mati.

Shinzato pada November lalu menafikan berniat membunuh wanita yang dikenali sebagai Rina Shimabukur­o itu, tetapi mengaku menyerangn­ya.

Pendakwa raya memberitah­u Mahkamah Daerah Naha di Okinawa, tertuduh mencekik Rina dengan tangannya sebelum menikam leher mangsa ketika cuba merogolnya.

Menurut badan penyiaran NHK dan akhbar harian Asahi Shimbun, mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh seperti diminta pendakwa raya.

Sementara itu, bapa mangsa dalam satu kenyataan kepada NHK yang dikeluarka­n April lalu berkata, keluarga mereka mahu hukuman mati diberikan kepada tertuduh.

“Kami sentiasa mengingati dan mendoakan rohnya. Kami tidak dapat memaafkan pelakunya,” katanya.

Beberapa siri jenayah termasuk rogol, serangan, langgar lari dan kemalangan akibat mabuk oleh kakitangan AS sudah lama mencetuska­n bantahan di Okinawa.

Lebih separuh daripada 47,000 tentera AS di Jepun ditempatka­n di pulau itu yang menjadi kawasan pertempura­n utama ketika Perang Dunia Kedua. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia