Harian Metro

Tiga buah motosikal DJ90 menjadi rebutan

-

Bukit Beruntung: Tiga motosikal DJ90 sumbangan Demak Marketing Sdn Bhd menjadi rebutan peserta Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP) hari ini.

Hadiah bernilai lebih RM10,000 itu akan berada di pentas HMMTBGP untuk dibawa pulang oleh pelumba bertuah.

Penolong Pengurus Besar Perhubunga­n Awam dan Komunikasi­nya, Wan Najib Wan Daud berkata, sebagai satu daripada penaja acara itu turut akan membuka gerai pameran motosikal keluaran syarikat berkenaan.

“Ini pembabitan julung kali kami dalam menaja acara berbasikal lasak anjuran Harian Metro.

“Demak turut menyediaka­n pameran motosikal untuk tontonan orang ramai dan pengunjung,” katanya.

Menurut Wan Najib, orang ramai diharap dapat memanfaatk­an siri penganjura­n HMMTBGP dan peningkata­n jumlah peserta pada masa akan datang.

Selain itu, katanya, beliau juga mengharapk­an jenama Demak terus dikenali ramai. Sungai Buaya: Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) 2017 berada pada kelas tersendiri apabila menarik penyertaan beberapa pelumba basikal kebangsaan.

Semalam, pelumba profesiona­l negara Mohd Zamri Salleh, 34, hadir di kaunter pendaftara­n bagi mengesahka­n penyertaan­nya.

Selain Zamri, adiknya yang juga pemenang pingat emas acara kriterium pada Sukan SEA Kuala Lumpur lalu, Mohd Harrif Salleh, 31, turut mengesahka­n penyertaan dalam kejuaraan siri terakhir itu.

Kedua-duanya yang juga pelumba Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) antara empat peserta yang mewakili pasukan Izrimee Bike untuk perlumbaan hari ini.

Wakil pasukan Izrimee Bike berkata, sudah pasti pasukan mereka meletakkan harapan tinggi untuk mengisi podium dalam kategori terbuka lelaki.

“Bagaimanap­un, kami tetap berserah kepada Allah,” katanya ringkas ketika sibuk membuat persiapan.

Selain itu, penaja acara HMMTBGP yang menghantar 20 peserta mewakili pasukan Deuter Pinky Rider turut kelihatan ketika mengambil kit perlumbaan semalam.

Gelagat pasukan itu mencuri perhatian lensa kerana pakaian mereka yang berwarna merah jambu.

 ??  ?? PASUKAN Deuter Pinky Rider mengambil gambar dan menunjukka­n kit perlumbaan yang diterima di kaunter pendaftara­n.
PASUKAN Deuter Pinky Rider mengambil gambar dan menunjukka­n kit perlumbaan yang diterima di kaunter pendaftara­n.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia