Harian Metro

‘GILA’ GILERA VXR200

- Saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kalau sudah namanya minat, apa saja sanggup dilakukan untuk memenuhi impian. Itu mungkin gambaran paling tepat untuk atlet berbasikal paralimpik negara, Mohd Najib Turano yang cukup meminati motosikal skuter jenama Gilera VXR200 sehingga sanggup melakukan apa saja bagi memastikan jentera buatan Itali itu ‘sempurna’ pada pandangan matanya.

Menceritak­an bagaimana terdetik minat untuk memiliki jentera yang agak sukar untuk ditemui di atas jalan raya itu, Najib berkata, dia sememangny­a meminati motosikal skuter sejak zaman persekolah­an lagi.

“Cuma ketika itu, saya tak ada duit nak beli jenama Gilera ini kerana harganya agak mahal.

“Saya hanya dapat membelinya pada 2014 menerusi seorang rakan di Kedah dengan harga RM2,500.

“Selepas membelinya, saya tak berkesempa­tan untuk mengambiln­ya sehinggala­h pada Disember tahun lalu, baru saya dapat meluangkan masa untuk mengambil jentera ini,” katanya.

Jelas Najib, kemudian dia memerlukan tempoh hampir setahun untuk membaiki skuter Gilera itu dan paling menarik ialah, dia sendiri yang membaikiny­a.

“Pada awalnya banyak yang perlu diperbaiki. Selepas satu masalah timbul lagi satu masalah.

“Akhirnya saya ambil keputusan untuk membaikiny­a sendiri sebab saya sebenarnya mempunyai asas pelajaran dalam bidang automotif dan ia sedikit sebanyak membantu ketika proses membaiki Gilera ini.

“Setiap sen modal yang dikeluarka­n untuk membaikiny­a saya catat sendiri dan akhirnya selepas semuanya selesai dan motosikal ini boleh berfungsi dengan baik, saya kira-kira sudah membelanja­kan hampir RM12,000.

“Kos membaikiny­a agak mahal kerana alat ganti jentera ini sukar untuk didapati di negara ini, alat ganti paling murah pun berharga RM50.

“Saya pernah berbual dengan seorang pemilik motosikal superbike yang menyatakan dulu dia pernah memiliki skuter Gilera.

“Katanya kos untuk menjaga Gilera sama seperti menjaga sebuah motosikal superbike! Selepas itu dia sarankan saya beralih minat kepada superbike tetapi minat saya pada Gilera tak pernah padam,” katanya.

Ditanya mengapa memilih skuter jenama Gilera, jawapan

Najib mudah kerana jentera itu cukup unik dan tidak ramai menggunaka­nnya di negara ini.

Meskipun terpaksa berbelanja besar untuk Gilera kesayangan­nya itu, Najib berkata ia langsung tidak memberi sebarang tekanan kepadanya, sebaliknya dia

 Najib berhabis RM12,000 baiki jentera buatan Itali yang diminati sejak sekolah

memperoleh keseronoka­n.

“Sebagai atlet, kami sentiasa berdepan dengan tekanan dan jadual yang padat.

“Dengan mencuri masa membaiki motosikal dan menunggang­nya di atas jalan raya, ia sedikit sebanyak dapat menghilang­kan rasa tekanan saya sebagai atlet berbasikal,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bersama jentera kesayangan.
NAJIB yang memiliki asas automotif membaiki sendiri motosikal Gilera.
NAJIB bersama jentera kesayangan. NAJIB yang memiliki asas automotif membaiki sendiri motosikal Gilera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia