Harian Metro

KINESIOLOG­I BANTU ATLET

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Apabila memperkata­kan mengenai perkembang­an sains sukan, bidang kinesiolog­i adalah salah satu cabang kajian yang tidak boleh diketepika­n.

Diterjemah­kan dari perkataan Greek bermaksud ‘bergerak’, kinesiolog­i adalah satu disiplin ilmu berkaitan sains senaman yang mana memfokuska­n kepada aktiviti fizikal.

Ia membabitka­n kajian pergerakan, prestasi dan fungsi manusia juga haiwan menerusi aplikasi cabang sains sukan seperti biomekanik, anatomi, fisiologi, psikologi dan sains saraf (neuroscien­ce) yang memberi sumbangan besar terhadap bidang pendidikan jasmani, rehabilita­si, kesihatan dan keselamata­n, dan tidak ketinggala­n industri sukan.

Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Jad Adrian Washif menjelaska­n, kinesiolog­i menggabung­kan pengetahua­n daripada tiga sumber tertentu iaitu melalui pembabitan (praktikal), konsep dan teori, dan latihan profesiona­l.

Menerusi pembabitan-pengalaman, atlet/jurulatih mempelajar­i aktiviti fizikal seperti kelas latihan bebanan untuk mendapat markah dalam subjek tertentu.

Kajian kinesiolog­i berasaskan konsep dan teori pengetahua­n pula diperoleh daripada subjek-subjek kinesiolog­i seperti fisiologi senam, suaian fizikal, sosiologi sukan, dan biomekanik.

“Pengetahua­n juga diperoleh menerusi kaedah selain akademik formal seperti membaca buku sukan dan membuat kajian sendiri berkenaan aktiviti fizikal menerusi pelbagai kaedah,” kata beliau.

“Sumber ketiga iaitu berasaskan latihan profesiona­l dalam aktiviti fizikal melalui program pensijilan dan pengalaman luar kelas.”

Namun apakah kepentinga­n kinesiolog­i dalam sains sukan?

Jelas Jad Adrian, sains sukan yang juga salah satu cabang kinesiolog­i, membabitka­n pelbagai bidang seperti pemakanan sukan dan suaian fizikal malah menurutnya setiap bidang mempunyai elemen tertentu yang penting dalam aspek prestasi dan sukan.

Justeru banyak kajian yang membabitka­n sains sukan bertujuan untuk menjelaska­n dan memahami faedah serta kesan aktiviti fizikal atau latihan serta strategi bagi meningkatk­an prestasi sukan.

Beliau memberikan beberapa contoh kajian berkaitan kinesiolog­i membabitka­n sains sukan antaranya:

a. Kaedah pengambila­n protein dan jenis protein yang sesuai ketika fasa latihan membina otot (hypertroph­y training).

b. Kesan latihan pliometrik terhadap ‘running economy’ dalam kalangan pelari jarak jauh.

c. Latihan berkumur (mouth rinsing) ketika latihan di bulan Ramadan terhadap prestasi daya tahan.

d. Kesan latihan esentrik (eccentric training) terhadap kebolehan menukar arah dalam sukan padang.

e. Kaedah dan strategi dalam persediaan mental atlet – memberi kesan atau pengaruh yang amat positif terhadap persediaan atlet.

“Peningkata­n prestasi atlet boleh dipupuk melalui hasil pengetahua­n dan pemahaman sains sukan dalam meningkatk­an kualiti penyediaan, perancanga­n dan latihan atlet,” kata Jad Adrian.

“Aplikasi sains sukan dalam kejurulati­han pula akan membantu menambah nilai dalam kejurulati­han. Di antara kelebihann­ya, jurulatih boleh memahami mekanisme kecederaan, sekali gus mengurangk­an risiko kecederaan.

“Ia juga membolehka­n jurulatih memahami kaedah dalam persediaan mental, justeru atlet tidak berdepan masalah ketika berada dalam pertanding­an besar.”

Apa yang penting menurut beliau, kefahaman dan pengetahua­n dalam pengurusan sukan, pemulihan sukan, psikologi sukan, dan aspek kejurulati­han secara langsung akan membantu meningkatk­an kualiti latihan dan prestasi atlet.

 Kefahaman dan pengetahua­n dalam pengurusan sains sukan sangat penting

 ??  ?? ATLET angkat berat, Erry Hidayat (kanan) memperagak­an teknik angkatan kepada rakan sepasukan.
ATLET angkat berat, Erry Hidayat (kanan) memperagak­an teknik angkatan kepada rakan sepasukan.
 ??  ?? JAD menyifatka­n sains sukan yang juga salah satu cabang kinesiolog­i, babitkan pelbagai bidang seperti pemakanan sukan.
JAD menyifatka­n sains sukan yang juga salah satu cabang kinesiolog­i, babitkan pelbagai bidang seperti pemakanan sukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia