Harian Metro

BIJAK BUAT PERCATURAN

- AFP

 Sepanyol kini jadi pilihan buru kejuaraan Julai depan

Sepanyol mungkin bukan pasukan pilihan utama bagi undian Piala Dunia di Moscow namun kemasukan pemain generasi baru oleh jurulatih Julen Lopetegui kembali meletakkan pasukan itu sebagai pilihan memburu kejuaraan Julai depan.

Penyingkir­an awal pada Piala Dunia 2014 dan Euro 2016 menandakan musim suram Sepanyol selepas menjulang tiga gelaran utama berturut-turut iaitu Euro 2008 dan 2012 selain satu-satunya trofi Piala Dunia dijulang La Roja di Afrika Selatan pada 2010.

Bagaimanap­un sejak menggantik­an Vicente del Bosque, Lopetegui berjaya menggandin­gkan beberapa pemain skuad Piala Dunia terdahulu dengan sejumlah pendatang baru dari skuad Bawah-21 yang menjulang gelaran Eropah pada 2013.

Gandingan mereka mempamerka­n hasil menakjubka­n. Sepanjang 16 perlawanan kendaliann­ya, Lopetegui langsung tidak berdepan sebarang kekalahan.

Rekod Sepanyol pada aksi kelayakan dengan sembilan kemenangan dan satu seri, selain menjaringk­an 36 gol

(gambar)

dan bolos tiga, meletakkan Itali jauh di tangga kedua Kumpulan G dan kemudianny­a tersingkir daripada Piala Dunia.

Setahun selepas ditunjukka­n jalan keluar pada Euro 2016 oleh Azzurri, Sepanyol membelasah Itali 3-0 di Santiago Bernabeu September lalu dengan gaya permainan hantaran pendek seperti ‘tiki-taka’ yang mengeliruk­an lawan dan mengagumka­n peminat seluruh dunia dari 2008 hingga 2012.

“Saya percaya perkara terbaik yang perlu dilakukan seorang jurulatih adalah mengoptimu­mkan serta memanfaatk­an apa yang dimiliki pemainnya,” kata Lopetegui.

“Saya fikir kualiti terbaik pemain Sepanyol adalah kemahiran melakukan hantaran dan teknik individu. Secara logiknya itu yang perlu kami manfaatkan.” mengatasi masalah kekuatan mental.

“Kami berada dalam cabaran berbeza berbanding pasukan seperti Jerman dan

Pemain teras yang kekal sejak era kegemilang­an Sepanyol termasukla­h Sergio Ramos, Gerard Pique, David Silva, Andres Iniesta dan Brazil. Kami akan membina keyakinan daripada prestasi memberangs­angkan sejak kebelakang­an ini,” katanya. - AFP Sergio Busquets.

Elemen yang hilang dalam kejohanan sebelum ini digantikan menerusi kehadiran David de Gea, Koke, Isco, Thiago Alcantara dan Alvaro Morata yang mengisi kekosongan ditinggalk­an Iker Casillas, Carles Puyol, Xavi Hernandez dan Xabi Alonso.

 ??  ?? DE Gea bantu perkukuh pasukan Sepanyol.
DE Gea bantu perkukuh pasukan Sepanyol.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia