Harian Metro

IRFAN TAK KISAH

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 Sedia rebut mana-mana posisi bagi menjamin slot dalam skuad kebangsaan

Irfan Zakaria sedia diturunkan di mana-mana posisi jika tindakan itu menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan yang akan bermain pada Kejohanan Bawah 23 Tahun Asia di China, bulan depan.

Sering diletakkan di posisi tengah bertahan oleh majikannya Kuala Lumpur, Irfan muncul seorang daripada tiga tonggak pertahanan dalam skuad kebangsaan yang memenangi pingat perak Sukan SEA, Ogos lalu.

Namun Irfan tidak keberatan untuk diletakkan sebagai pertahanan tengah jika itu yang dimahukan jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

“Biasanya saya bermain di bahagian pertahanan pada setiap aksi skuad B-23 dan justeru, saya perlu memantapka­n diri bagi memastikan nama saya tersenarai,” kata Irfan yang membantu Kuala Lumpur memenangi gelaran Liga Perdana 2017.

“Jurulatih lebih arif mengenai kedudukan saya dan saya akan memberikan sumbangan 100 peratus tidak kira di mana posisi sekalipun.”

Irfan, 22, berkata, dia masih perlu mengukuhka­n persefaham­an dengan rakan di pertahanan tengah, Adam Nor Azlin dan Adib Zainuddin terutama selepas Malaysia melepaskan gol dalam setiap empat perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA termasuk ketika bertemu Brunei dan Laos.

Dia sedar setiap kesilapan walaupun kecil akan menyebabka­n mereka dihukum oleh lawan Malaysia dalam Kumpulan C iaitu

Arab Saudi, Iraq dan Jordan pada Kejohanan

B-23 AFC.

“Kami perlu meningkatk­an corak pertahanan kami kerana kami membenarka­n lawan menjaringk­an gol pada setiap perlawanan di Sukan SEA,” kata Irfan.

“Kelemahan itu sepatutnya menjadi pengajaran berguna buat kami dan kami tidak sepatutnya memandang mudah setiap lawan. Kami perlu menumpukan perhatian sejak minit pertama lagi.

“Lawan kami di China nanti memang hebat kerana mereka mempunyai fizikal yang jauh lebih kuat. Justeru, kami perlu berusaha keras dalam setiap sesi latihan.”

Setakat ini, Kim Swee tidak bercadang untuk meletakkan Irfan di bahagian tengah kerana beliau mempunyai beberapa pilihan untuk mengisi posisi itu.

“Saya lebih suka meletakkan Irfan di bahagian pertahanan berbanding merehatkan dia di bangku simpanan kerana kami sudah mempunyai ramai pemain tengah,” kata Kim Swee.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia