Harian Metro

Zahasmi lega lepas beban

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Zahasmi Ismail memerlukan tempoh bertenang sebelum memutuskan hala tuju seterusnya selepas kontraknya sebagai jurulatih Kelantan berakhir secara rasmi semalam.

Zahasmi berkata, dia berasa lega apabila ikatan bersama pasukan itu terlerai selepas melalui pelbagai cabaran sepanjang memimpin The Red Warriors musim ini.

“Saya berasa ringan kepala selepas tugas sebagai jurulatih Kelantan tamat hari ini. Ini kerana sepanjang semusim mengendali­kan pasukan itu, saya benar-benar berserabut dengan pelbagai masalah.

“Sejak awal hingga hujung musim, masalah datang silih berganti serta bertimpa-timpa yang bukan saja memberi tekanan kepada saya malah pemain.

(gambar)

“Antaranya tunggakan gaji yang sedikit sebanyak menjatuhka­n moral pemain. Saya dapat lihat ada pemain seolah-olah hilang semangat untuk bermain kerana masalah ini.

“Begitupun sebagai jurulatih, saya berusaha sebaik mungkin menjadikan Kelantan tetap kompetitif bersaing hingga satu ketika pernah menduduki tangga keempat liga,” ujar Zahasmi.

Namun, menurut beliau, hukuman pemotongan tiga mata oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) ke atas pasukan itu menjadi titik awal kejatuhan Kelantan.

“Nampak sedikit, hanya tiga mata namun kesannya sangat mendalam kepada kami kerana menyentap semangat pasukan,” katanya.

Keadaan diburukkan lagi dengan penghijrah­an penjaring utama mereka, Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim ketika jendela perpindaha­n dibuka pada pertengaha­n musim.

 ??  ?? THE Red Warriors yang dikendali Zahasmi musim lalu.
THE Red Warriors yang dikendali Zahasmi musim lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia