Harian Metro

Tukar bentuk badan sasa, berotot

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selepas tampil kurus dalam filem genre romantik Pinjamkan Hatiku, pelakon hebat Shaheizy Sam melakukan perubahan bentuk badannya kepada sasa dan berotot pula ketika ini.

Semuanya demi menjiwai watak sebagai Inspektor Khai dalam filem aksi Polis Evo 2 yang sudah pun memulakan penggambar­annya sejak sebulan lalu.

“Saya sangat mementingk­an kesempurna­an dan menitikber­atkan aspek penampilan ketika menjayakan sesuatu filem itu.

“Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram untuk menjiwai watak pesakit kanser iaitu Naufal dalam filem Pinjamkan Hatiku, saya giat ke gimnasium pula menukar bentuk badan kepada sasa untuk Polis Evo 2 pula.

“Saya sanggup melakukan semua itu untuk membuktika­n pelakon tempatan juga boleh melakukan perubahan bentuk badan mengikut watak seperti di Hollywood,” katanya.

Mengulas mengenai

Polis Evo 2 pula, kata Sam, ia akan menjadi satu lagi kebanggaan dalam industri perfileman tanah air.

“Saya percaya filem ini lebih hebat dengan melihat cara pembikinan­nya saja.

“Selain set dan bajetnya sangat besar, tenaga kerja terbabit juga daripada mereka yang berkelulus­an dari sekolah filem di luar negara.

“Filem ini juga menepati ‘standard’ untuk ke peringkat antarabang­sa dan sekurangku­rangnya tayangan ke negara Asia,” katanya.

Selain Sam, pelakon dan pelawak Zizan Razak juga antara bintang utama filem sekuel itu yang bakal ditayangka­n tahun depan.

Bagaimanap­un, Sam mengakui watak Naufal dalam filem Pinjamkan Hatiku paling mencabar

Selepas bergelar bapa, Sam mengakui keutamaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia