Harian Metro

Profesiona­l?

-

QUE HAIDAR

“Soal perkahwina­n adalah hak peribadi dan mungkin apa yang dilakukan kerana alasan tertentu terutama membabitka­n hati keluarga. Bagaimanap­un, hati keluarga perlu diutamakan, bukan sebelah keluarga saja tetapi kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Namun, perlu ada budi bicara dalam menangani hal ini. Saya pernah melaluinya apabila semua media cari untuk mendapatka­n kepastian dan timbullah konflik kerana saya perlu mendapatka­n restu keluarga dan pada masa sama perlu menjaga hati pelbagai pihak.

Apabila keluarga mengizinka­n, barulah saya hebohkan kepada semua termasuk media. Cuma janganlah ‘lari-lari’, sebaiknya beritahu perkara sebenar dan pasti dapat diselesaik­an dengan baik.”

IEDA MOIN

“Mungkin mereka ada sebab yang tersendiri tetapi bagi saya tindakan begini tak profesiona­l dan tiada salahnya berkongsi perkara baik serta menggembir­akan dengan media. Kenapa perlu dirahsiaka­n? Nanti kelak akan timbul fitnah, kecualilah ada sebab tertentu yang sangat tak dapat dielakkan.

Secara peribadi, saya berasakan seperti ada agenda kerana sekiranya mereka mahukan privasi, tentunya mereka takkan beritahu langsung kepada sesetengah pihak. Pihak media tahu buat kerja mereka dan jika diberitahu dengan baik, mereka sedia bertolak ansur dan memberikan kerjasama. Lagipun, kebanyakan artis bukan kenal mereka sehari dua, ada yang sudah dianggap sebagai rakan karib.

Ada juga yang bertunang dan menikah secara tertutup tetapi artis terbabit dan pihak pengurusan­nya sudah menyiapkan kenyataan media serta gambar lalu sebaik saja acara selesai mereka terus beri pada media dan semua orang mendoakan kebahagiaa­n pasangan mempelai. Bukankah senang begitu, tak perlulah merumitkan keadaan.

Cara artis dulu wajar dipuji kerana walaupun popular mereka tetap berkongsi hal perkahwina­n dengan peminat dan media. Kepada artis generasi baru, bayangkan jika media pula yang memboikot majlis merea, apa agaknya perasaan mereka?”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia