Harian Metro

PSG, Besiktas ancaman pasukan gergasi

-

Pada saat ini lapan pasukan sudah berasa lega kerana berjaya menempatka­n diri ke pusingan kalah mati

Liga Juara-Juara iaitu Paris Saint-Germain (PSG), Bayern Munich, Chelsea, Barcelona, Manchester City, Besiktas, Tottenham Hotspur dan Real Madrid.

Debaran sekarang ini menghantui 14 lagi pasukan yang mengharapk­an perlawanan terakhir pertengaha­n minggu depan adakah mampu membantu mereka mara ke pusingan kalah mati, atau hanya bermain dalam saingan Liga Europa.

Kesemua pasukan berkenaan ialah Manchester United, FC Basel, CSKA Moscow, AS Roma, Atletico Madrid, Juventus, Sporting

CP, Liverpool, Sevilla, Spartak Moscow, Shakhtar Donetsk, Napoli, FC Porto dan RB Leipzig, mengintai peluang untuk melayakkan diri.

Empat pasukan lagi,

Celtic, Anderlecht, Borussia Dortmund, APOEL, tidak berjaya meneruskan kemaraan saingan kalah mati Liga Juara-Juara, namun nasib mereka tidak seteruk Benfica, Qarabaq, Olympiacos, Maribor, Feyenoord dan AS Monaco yang tersingkir selepas menduduki tempat terakhir kumpulan.

Kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe ternyata memberi impak luar biasa buat PSG kerana bukan saja berjaya mengukuhka­n kedudukan di Ligue 1 namun berjaya mencatat rekod bersih dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara apabila mencatat lima kemenangan tanpa kalah.

Berdasarka­n rekod berkenaan pasukan Unai Emery ini, yang mengunggul­i Kumpulan B, mampu untuk menghadirk­an gerun buat pasukan gergasi Eropah seperti Real, Bayern, Barcelona dan City, sekali gus menamatkan penantian kelab dari Perancis untuk muncul juara selepas kali terakhir dilakukan Marseille pada 1992/93.

Bayern yang berada dalam kumpulan sama juga tidak terkecuali untuk mempamerka­n aksi konsisten selepas mara selaku pasukan kedua terbaik dan cemerlang untuk saingan Bundesliga musim ini dengan menduduki tempat teratas.

Chelsea yang sebelum ini digembar-gembur akan berasa sukar berada dalam Kumpulan C, berjaya menepis andaian berkenaan apabila mengesahka­n slot ke pusingan kalah mati, hasil kecemerlan­gan pemain tengah Belgium, Eden Hazard yang sudah meledak tiga gol setakat ini.

Lionel Messi masih lagi menjadi watak penting buat Barcelona apabila tiga gol yang disumbangk­annya setakat ini sedikit sebanyak mampu menutup segala kekurangan buat pasukan bimbingan Ernesto Valverde itu walaupun hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan tercorot Kumpulan D, Olympiacos.

City pula menepati ramalan akan mara mudah dari Kumpulan F, selepas kekal dengan rekod bersih mencatat

 ??  ?? CRISTIANO Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo
 ??  ?? HAZARD
HAZARD
 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ??  ?? TOSUN
TOSUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia