Harian Metro

AKSI TERHANGAT 2018 bERMULA

-

bola sepak tempatan yang sudah lali dengan ketiadaan pasukan kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya) di peringkat Piala Dunia. Realiti semasa ini terpaksa ditelan walaupun pahit. Perasaan akur yang di sebaliknya berontak kecewa.

Suka atau tidak, peminat era milenium yang terdedah ledakan maklumat dan berselera global, mudah diulit angan untuk melihat bola sepak Malaysia di persada Piala Dunia. Dua kejayaan layak ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980 sekadar imbasan untuk mereka yang sekarang ini, mahukan lebih!

Laluan paling hampir untuk Malaysia beraksi pada Piala Dunia ialah pada 1985, menjelang kejohanan 1986 di Mexico. Undian yang dilihat ‘mudah’ ketika itu kerana format kelayakan AFC yang memisahkan pasukan Asia Barat (Zon 1) dan Asia Timur (Zon 2).

Meremang bulu roma (semangat bangga) apabila menyaksika­n Dollah Salleh bergerak lincah sebelum melepaskan rembatan menarik untuk Malaysia menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Merdeka pada pertengaha­n tahun 1985.

Malangnya, perhitunga­n untuk ke pusingan seterusnya terbantut apabila dijinakkan pula oleh Korea Selatan 0-2 pada perlawanan terakhir Datuk Mokhtar Dahari menyarung jersi Malaysia selepas dipanggil pada saat akhir.

Korea Selatan selepas itu mengatasi Indonesia pada pusingan kedua dan seterusnya menewaskan Jepun yang ketika itu dianggap tidak sekebal sekarang, untuk layak ke Piala Dunia 1986.

Hingga kini, angan dan impian kita terpaksa disimpan. Ada pemerhati yang mengatakan tiga atau empat edisi Piala Dunia akan datang..insya-Allah.

Untuk Piala Dunia

2018, FIFA yang kini dikemudi Gianni Infantino, menggunaka­n format baru untuk menentukan empat balang undian mengikut ranking semasa pasukan, dan bukan berdasarka­n pencapaian lampau mereka dalam kejohanan itu.

Sebagai pasukan dari balang satu, cabaran Portugal, Belgium dan tuan rumah Russia perlu disegani sekalipun ketiga-tiga negara Eropah itu belum pernah merangkul Piala Dunia. Seperti mana lazimnya, tuah undian turut menjadi faktor sejauh mana laluan mereka kali ini.

Poland, semi finalis

Piala Dunia 1974 dan

1982, juga berada dalam balang satu berdasarka­n ranking semasa. Poland menampakka­n kebangkita­n di peringkat kelayakan, dipertajam­kan oleh peledak gol Robert Lewandowsk­i.

Lewandowsk­i ada peranan yang mirip Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Lionel Messi (Argentina) untuk membuktika­n ketajaman sebenar dengan pasukan kebangsaan­nya dalam kejohanan besar, khususnya Piala Dunia.

’Beban’ Ronaldo ringan sedikit selepas mengemudi Portugal juara Euro 2016. Namun, dua penampilan Portugal pada separuh akhir Piala Dunia 1966 dan 2006, nyata belum cukup untuk imej mereka.

Begitu juga tekanannya buat Belgium, semi finalis 1986, dan Russia yang juga mara ke separuh akhir 1966, ketika itu di bawah panji Soviet Union. Mereka perlu buktikan status sebagai pasukan balang satu, sekaligus menjaga aib sistem baru FIFA. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia