Harian Metro

DARI SEKOLAH KE JENJANG PELAMIN

-

Musim cuti sekolah sekarang ramai betul yang naik pelamin, tidak terkecuali pemain bola sepak. Selain Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, turut menamatkan zaman bujang adalah rakan sepasukann­ya dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor pada hujung minggu lalu.

Tidak terkecuali bergelar ‘Raja Sehari’ adalah pemain Kedah, Syafiq Ahmad yang sah menjadi suami kepada Nor Amalina Norain pada 23 November lalu.

Majlis resepsi pihak pengantin perempuan berlangsun­g pada 26 November, sementara di pihak Syafiq di Sungai

Ara, Pulau Pinang pula akan diadakan esok.

Spy Bola sempat menghubung­i Syafiq untuk berkongsi kegembiraa­nnya bergelar pengantin baru. Jelas, daripada suaranya yang ceria, dia sedang melalui fasa sangat bahagia dalam hidupnya.

Menurut Syafiq, dia gembira kerana impian untuk mengakhiri percintaan bersama Amalina di jenjang pelamin menjadi kenyataan selepas tujuh tahun bercinta.

“Kami saling mengenali sejak tingkatan tiga semasa menuntut di Sekolah Sukan Tengku Anum, Jitra. Mungkin kerana minat yang sama dalam sukan menyebabka­n kami ‘ngam’.

“Amalina aktif bermain bola jaring dengan mewakili sekolah ke pertanding­an Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Kedah sementara saya pula dalam bola sepak.

“Memandangk­an sudah lama bercinta, saya rasa sudah sampai masanya untuk berumah tangga walaupun usia kami baru 22 tahun,” kata Syafiq.

Bagi Syafiq, usia bukanlah ukuran dalam menentukan keharmonia­n rumah tangga. Apa yang penting adalah persefaham­an serta sikap toleransi.

”Saya sudah bersedia untuk menggalas tugas sebagai suami, begitu juga Amalina. Tempoh tujuh tahun sudah cukup untuk kami mengenali peel masing-masing.

“Malah, saya kini lebih bersemanga­t untuk meneruskan cita-cita saya dalam bola sepak. Bila segala keperluan ada yang menguruska­n, saya hanya perlu berikan tumpuan kepada karier,” katanya. Dalam seronok melihat seorang demi seorang pemain bola sepak naik pelamin, Spy Bola agak terkilan dengan sikap segelintir penyokong yang menyambut berita perkahwina­n Nazmi Faiz Mansor dengan cercaan.

Mereka meluahkan kata-kata kesat melalui ruang komen laman media sosial yang memuat naik gambar serta berita perkahwina­n Nazmi itu. Macam-macam mereka tulis sehingga Spy Bola yang membacanya geleng kepala.

Kemarahan mereka terhadap Nazmi kerana gelagatnya di dalam padang yang kurang disenangi terbawa- bawa di luar padang bila ‘diserang’ dengan pelbagai ungkapan yang tidak sepatutnya.

Pada Spy Bola sikap sebegini tidak patut ada dalam diri mereka. Janganlah isu di dalam padang dibawa hingga menyerang peribadi pemain itu. Kesian Nazmi!

Sepatutnya, kita mencontohi penyokong lain yang sama-sama mendoakan agar pasangan pengantin baru ini beroleh kebahagiaa­n serta keberkatan hidup.

Malah, kita patut berdoa semoga perkahwina­n ini membawa perubahan kepada sikap Nazmi yang agak panas baran di dalam padang. Siapa tahu, bila sudah bergelar suami, dia lebih ‘cool’ kerana tekanan di dalam padang dapat dikongsi dengan orang tersayang.

 ??  ?? PASNGAN pengantin, Syafiq dan Amalina diraikan dalam satu majlis pada 26 November lalu.
PASNGAN pengantin, Syafiq dan Amalina diraikan dalam satu majlis pada 26 November lalu.
 ??  ?? NAZMI turut menamatkan zaman bujang.
NAZMI turut menamatkan zaman bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia