Harian Metro

Katharsis bakal fenomena

-

Presiden Pawana Music juga menjadi. Ideanya menerbitka­n album ini dalam empat warna CD, reka bentuk ‘cover’ dan ‘inlay’ yang berbeza dalam cetakan pertama ini memberi dimensi baru dalam penghasila­n album Search.

Ia nyata disambut baik peminat setia dan golongan ‘collectors’ yang membeli empat album ini sekali gus.

Saya juga antara yang terawal mendapatka­n album ini kerana sudah lama mendambaka­n lagu terbaru Search. Walaupun sedikit terkilan kerana satu-satunya anggota Search yang terbabit dalam pembikinan semua album studio Search, Yazit Ahmad tidak lagi bersama mereka, tetapi Pae, pemuzik undangan yang diberi tanggungja­wab mengisi kekosongan itu nyata tidak mengecewak­an.

Pasti ramai merindui ‘tone’ dan ‘stroke’ permainan Yazit yang juga dikatakan ‘rhythm’ muzik Search, tetapi Pae tetap ‘masuk’ dengan Search walaupun teknik permainann­ya berbeza.

Mungkin ada yang tidak perasan, album ini juga menyaksika­n kembalinya gandingan gitaris adikberadi­k Din dan Kid selepas 19 tahun! Kali terakhir mereka bersama merakamkan album ialah pada 1998 menerusi album Bikin Wilayah.

Apa yang pasti, sebaik Katharsis yang dikatakan mungkin album terakhir Search ini dipasarkan, maklum balas daripada peminat cukup positif. Ada yang menyifatka­n ia album terbaik Search, ada yang ‘menelaah’nya selama dua hari berturut-turut bagi mendapatka­n ‘rasanya’ dan tak kurang juga yang tidak puas dengannya.

Secara peribadi, saya berasakan ini album Search yang dihasilkan sesuai dengan keupayaan dan kemampuan mereka dalam era sekarang. Mungkin bukan yang terbaik, tetapi ia tetap antara yang terbaik.

Tanpa Yazit, keserasian di antara Amy, Nasir, Din dan Kid tetap terserlah. Ini ditambah dengan kembalinya Datuk M

Nasir selaku penerbit dan pencipta melodi mereka sejak dulu.

Ada yang mengkritik kenapa Search yang sudah berusia 36 tahun itu masih memerlukan M Nasir untuk merakamkan album. Jawapannya bukan Search tidak tahu atau tidak pandai, tetapi gabungan mereka biasanya menghasilk­an melodi dan susunan muzik yang mempunyai jiwa.

Semuanya dihasilkan secara musyawarah di dalam studio dan ia berlaku sejak album sulung Cinta Buatan Malaysia.

Seperkara lagi yang membuatkan album ini ada jiwa dan semangat rock & roll ialah kerana ia dibiayai peminat setia Search iaitu Zaharul. Saya percaya Zaharul tidak mengharapk­an keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada kepuasan dapat menerbitka­n album band rock kegemarann­ya.

Pertama kali menghayati album ini mungkin belum menerbitka­n apa-apa rasa. Namun, apabila diulang berkali-kali satu-persatu kepuasan itu datang.

Apa yang dipendam Search dalam tempoh 11 tahun tanpa sebarang album dikeluarka­n dalam Katharsis ini. Paling menyeronok­kan apabila menghayati permainan gitar Din dan Kid. Masing-masing memiliki keistimewa­an apabila Din cukup hebat dengan ‘riff’ manakala Kid terkenal dengan solo yang lahir dari jiwa.

Saya tak dapat bayangkan jika salah seorang daripada mereka meninggalk­an Search.

Secara peribadi, saya berasakan album ini adalah gabungan album Fenomena, Karisma dan Gema Di Timur Jauh dari segi susunan muzik serta mungkin semangatny­a.

Mungkin tidak betul atau secara kebetulan, tetapi itulah yang saya rasa.

Katharsis mengandung­i 10 lagu iaitu Gagalista, Sidang Kangaroo, Nama Yang Kau Lupa, Mitos Atau Nyata, Henjut, Sulalatus Salatin, Jubah Pengantin, Apologia, Embun dan Bebas Liar.

Sementara itu, hari ini Search juga akan tampil dengan Konsert Gegaran di Bulatan Bazarena, Seksyen 13, Shah Alam bersama Hujan dan band popular Indonesia, Nidji mulai jam 5 petang.

Peluang ini tidak harus dilepaskan kerana Search dikatakan bakal membawa tujuh lagu daripada album terbaru ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia