Harian Metro

Ayie tak sanggup ‘gantung’ gitar

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Selain vokalis utamanya, Ringgo yang begitu popular, gitaris kumpulan Arrow iaitu Ayie turut diminati ramai dan selepas mereka tidak lagi aktif dalam industri hiburan tanah air sekitar 2001, ramai juga tertanya-tanya ke mana perginya Ayie.

Mula bermain muzik ketika berusia 14 tahun, mana mungkin anak jati ibu kota itu sanggup ‘menggantun­gkan’ gitarnya. Perjalanan getirnya untuk menjadi pemuzik juga membuatkan perasaan cintanya terhadap dunia muzik tidak pernah berkubur.

“Memandangk­an bukan dilahirkan dalam keluarga berdarah seni, hasrat saya untuk menceburi bidang ini tidak mendapat sokongan sesiapa termasuk ibu bapa. Betapa sukarnya untuk saya meneruskan minat itu kerana tidak mampu membeli gitar sendiri.

“Satu hari, saya terjumpa gitar buruk dalam tong sampah. Betulkan sedikit keadaan gitar itu dapatlah saya memetiknya dan sekitar usia 16 tahun saya mula ‘busking’ di Pasar

Seni yang dulunya dikenali dengan nama Central Market (CM).

“Ketika berusia 21 tahun, saya menyertai

Arrow dan kami ada empat album . Zaman itu, jualan album sangat laris. Dalam persembaha­n, kami main muzik secara ‘live’ dan boleh mengiringi apa saja lagu,” katanya.

Tegas Ayie, dia bekerja keras demi membuktika­n kepada keluargany­a, bermain muzik juga boleh menjamin kehidupan.

“Saya tak salahkan ibu bapa kerana dunia muzik dulu tak seperti sekarang yang berkembang pesat dan ada banyak platform termasuk YouTube,” katanya.

Ujar Ayie lagi atau nama sebenarnya Zairi

Amri, 43, keadaan hari ini jauh berbeza daripada dulu apabila instrumen banyak ‘dibantu’ teknologi kejurutera­an tercanggih.

“Untuk menyiapkan rakaman sesebuah lagu, muzik boleh ‘copy and paste’ tidak seperti kami dulu yang bermain muzik ‘live’ sehingga habis rakaman lagu dan selagi tidak sempurna, berkurungl­ah kami dalam studio.

“Sebab itu saya lihat band sekarang jarang boleh mengiringi penyanyi lain di pentas melainkan lagu mereka sendiri saja. Itu pun ada yang jadi pemain muzik ‘simpanan’.

“Jadi di manakah keseronoka­n dan kepuasan sebagai pemuzik?” katanya.

SAMBUNG PENGAJIAN

Berbalik kepada ‘kehilangan’ Ayie selepas meninggalk­an Arrow pada 2001, dia menyambung pengajian dalam jurusan muzik di Institut Teknologi MARA, Shah Alam (kini UiTM), major instrumen gitar dan cello sebagai minor.

“Tahun kedua pengajian, saya aktif bermain cello dan menjadi pemuzik sambilan dengan Orkestra RTM, Orkestra DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Orkestra Simfoni Kebangsaan (Istana Budaya) sehinggala­h tamat pengajian.

“Kemudian saya jadi pemuzik tetap Orkestra DBKL selama tiga tahun. Selepas itu saya berhenti untuk fokus menerbit dan menggubah lagu, menghasilk­an muzik skor dan penggambar­an video.

“Apabila rindu untuk memetik gitar semula, saya bergerak sebagai pemuzik bebas. Saya banyak jadi pemuzik undangan untuk konsert artis luar dan tempatan,” katanya.

Terbaru, Ayie menerima pelawaan kumpulan Stigma untuk menjadi gitaris mereka.

“Stigma sezaman dengan Arrow jadi kami sudah lama berkawan. Memang tiada masalah langsung untuk saya menyertai mereka dan kami buat persembaha­n ‘live’ di pentas,” katanya.

Bersama Stigma,

Ayie menukar namanya menjadi Ayies untuk membezakan­nya ketika bersama Arrow dulu. Mereka baru saja melancarka­n album mini memuatkan empat lagu antaranya, Rinduku Rindumu dan Mengubah Sebuah Rindu.

“Impian untuk mengumpul semula anggota Arrow dalam projek khas tak mungkin jadi kenyatan kerana kami tak tahu ke mana perginya Bad.

“Untuk ‘reunion’ mesti semua anggota asal, barulah kemunculan Arrow memberi makna besar kepada kami dan peminat,” katanya.

Antara lagu popular Arrow adalah Niat Hati

Tak Nak Berpisah, Dah Berpisah Apa Nak Buat, Selimutkan­ku Dengan Asmaramu, Tuju Tuju

Rindu, Aku Tak Marah dan Haruskah Kita Berpisah.

Sekadar imbasan, pada 2004, Ayie bertemu jodoh dengan penyanyi dangdut Ani Mayuni dan dikurniaka­n tiga cahaya mata.

 ??  ?? AYIE bersama anggota Stigma.
AYIE bersama anggota Stigma.
 ??  ?? AYIE
AYIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia