Harian Metro

Vicha luah rasa kecewa

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Sedih dan kecewa.

Itu perasaan pelakon dan pelawak popular, Revika

Novianti Faturohman,

29, atau Vicha Saywho tatkala menceritak­an pengalaman­nya berlakon dalam sebuah produksi drama tempatan, barubaru ini.

“Saya sepatutnya ke London untuk menjalani penggambar­an sebuah drama, tetapi tidak jadi apabila permit kerja tidak sempat siap kerana dibuat saat-saat akhir. Ikutkan pihak produksi yang perlu sediakan tetapi saya diminta membuatnya sendiri.

“Memang saya sangat kecewa dengan mereka. Saya sudah beritahu mereka untuk maklumkan awal sebab permit perlu dibuat beberapa bulan lebih awal tapi lagi tiga minggu nak berlepas, baru diberitahu,” katanya.

Disebabkan perlu mengurus dokumentas­i itu sendiri, dia terpaksa membatalka­n tugasan di konsert Gegar Vaganza

(GV) kerana perlu pulang ke Indonesia.

Katanya, dia pulang ke sana bersama rakannya, Cita Citata yang juga diminta membuat permit sendiri kerana turut terbabit dalam drama sama.

Pelakon filem Kolestrol VS Cinta itu berkata, dia dan Cita membayar permit ‘priority’ pada harga RM2,700 setiap seorang.

“Mereka (produksi drama) berjanji akan beritahu maklumat selanjutny­a pada Selasa. Tiba-tiba Jumaat minggu lalu, saya diberitahu nama sudah digugurkan. Nampaknya sia-sia saja saya berada dua minggu di Indonesia,” katanya sedih.

Vicha akui ia salahnya sendiri kerana menggunaka­n khidmat ejen, bukan terus ke kaunter Jabatan Imigresen untuk permohonan permit.

Katanya, sekiranya dia terus ke kaunter, bayaran hanya RM300 tetapi disebabkan mahu permohonan dipercepat­kan, dia menggunaka­n khidmat ejen.

Dia akui ada memaklumka­n situasi itu kepada pihak produksi dan mereka hanya berjanji akan menggantin­ya selepas mendapat pulangan semula wang tiket penerbanga­n.

Bukan saja kecewa tidak dapat ke London, Vicha juga kecewa kerana pihak produksi memperguna­kan dia dan Cita untuk berlakon dalam drama itu pada bayaran yang tidak setimpal.

Katanya, dia dan Cita ditawarkan berlakon dalam tiga ke empat babak saja dengan bayaran RM2,500.

“Saya fikir logiklah dengan bayaran itu. Ditambah pihak produksi berjanji memberi tambahan RM1,000 untuk tujuan permit dan tiket penerbanga­n percuma ke London.

“Tiba-tiba saya diminta melakonkan dua watak dan terbabit dalam puluhan babak. Saya menangis, takkan bayar RM2,500 untuk semua itu?” katanya.

Menurut Vicha, daripada jumlah itu dan ditolak pula dengan kos permit serta penerbanga­n pulang ke Indonesia yang terpaksa ditanggung­nya sendiri, jumlah bayaran diterima hanyalah RM800.

Sementara itu, Cita yang kini berada di London untuk penggambar­an drama berkenaan menelefon Vicha dan mempersoal­kan kenapa tiba-tiba saja dia perlu melakonkan banyak babak.

Vicha akui dia malu dengan Cita kerana dia yang membawa masuk rakannya itu berlakon dalam drama berkenaan.

“Cita telefon saya dan marah-marah. Dia tanya kenapa jadi begini? Dia yang pada asalnya dijanjikan dua tiga babak dengan bayaran sama terpaksa berlakon beberapa babak tambahan.

“Pihak produksi pula asyik memberi alasan supaya saya mengenang budi mereka kerana membawa saya masuk ke dalam industri hiburan di sini,” katanya.

Katanya, dia sedar ramai membantuny­a ketika pertama kali menjejakka­n kaki dalam industri hiburan Malaysia tetapi memperguna­kan alasan balas budi adalah tidak adil buatnya yang mencari rezeki halal di sini.

Enggan terus kecewa dengan pengalaman pahit dilalui, Vicha mahu jadikan isu itu sebagai pengajaran buatnya supaya lebih berhati-hati pada masa depan.

Tak jadi ke London untuk penggambar­an drama kerana permit tak siap

 ?? Vicha ?? Pihak produksi pula asyik memberi alasan supaya saya mengenang budi mereka kerana membawa saya masuk ke dalam industri hiburan di sini
Vicha Pihak produksi pula asyik memberi alasan supaya saya mengenang budi mereka kerana membawa saya masuk ke dalam industri hiburan di sini
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia