Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: LUTH MAHFUZ TV3, 2 petang PANGGUNG SABTU: HERO TV 3, 10 malam CEREKARAMA: FATONAH AZALI TV 3, 12.30 tengah malam TV3 CINEMA: ADDAMS FAMILY VALUES

Eyma mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anaknya, Aqish yang mengalami lemah jantung.

Eyma terkejut apabila suaminya, Haziq menyatakan hasrat bercerai dan menyerahka­n kertas mengenai pembahagia­n harta sepencaria­n.

Namun, Eyma tidak mahu sebarang harta. Sebaliknya, dia cuma meminta Haziq melayannya dengan kasih sayang serta melakukan aktiviti romantik seperti awal perkahwina­n mereka selama 40 hari.

Sepanjang tempoh itu, Haziq juga disuruh untuk mengikut sunah Nabi sebagai amalan hariannya.

Haziq menunaikan permintaan itu kerana berasakan 40 hari adalah tempoh yang singkat.

Doktor yang melawat Aqish sering menceritak­an kes pesakitnya menerusi blog. Eyma terharu kerana masih ada insan lain yang mengambil berat mengenai Aqish sementara suaminya mengabaika­n tanggungja­wab sebagai ketua keluarga.

PELAKON: Siti Saleha, Fizz Fairuz, Raja Ilya, Wan Sharmila, Arash Mohammad dan Puteri Syasya Sooraj Kaushik ahli kumpulan gengster dari Mumbai. Dia bertemu Radha Mathur, anak perempuan kepada Shrikant Mathur, ketua polis bandar di sebuah parti.

Ayah Sooraj mengarahka­n anaknya menculik Radha kerana Shrikant membawa bukti ke mahkamah menunjukka­n dia bersalah. Sooraj kemudian menyamar sebagai anggota polis dan memberitah­u Radha dia diarahkan membawanya keluar dari bandar.

PELAKON: Sooraj Pancholi, Athiya Shetty, Aditya Pancholi dan Tigmanshu Dhulia Azali pulang ke kampung halamannya selepas tujuh tahun meninggalk­an tempat itu bagi mencari kehidupan lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bapanya baru saja bernikah dengan seorang gadis yang lebih muda daripadany­a, Tonah, seorang wanita terencat akal.

Pak Tam menikahi Tonah kerana terhutang budi terhadap bapa Tonah, arwah Datuk Hussein yang pernah membantu mereka. Kehidupan Fatonah mulai berubah selepas kematian Pak Tam.

PELAKON: Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon, Zaibo dan Kay Maria Kali ini, Gomez Addams dan isterinya, Morticia meraikan kelahiran bayi lelaki mereka. Bagaimanap­un, adikberadi­knya, Wednesday dan Pugsley kurang senang dengan berita itu malah cuba membuang bayi mereka. Apabila Debbie Jelinsky muncul, kehadirann­ya membawa kepada pengkhiana­tan.

PELAKON: Raul Julia, Anjelica Huston, Christina Ricci, Jimmy Workman dan Joan Cusack

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia