Harian Metro

Tin coklat ada cerita tersendiri

- Ainal Marhaton Abd Ghani rencana@hmetro.com.my

Tidak dinafikan bukan calang-calang orang boleh melakukan apa yang suri rumah ini lakukan jika mengambil kira masa dan wang ringgit dilaburkan untuk menyimpan ‘khazanah’ istimewany­a.

Rusni Mustaffa, 57, begitu obses sebagai pengumpul koleksi tin coklat.

Hingga kini ruang kediamanny­a dipenuhi lebih 500 koleksi tin coklat pelbagai jenama edisi terhad yang dikumpulka­n sejak lebih enam tahun lalu.

Di segenap ruang dan dinding kelihatan almari serta rak yang menempatka­n koleksi tin coklat, gula-gula selain biskut pelbagai jenama bermula keluaran 1920-an hingga terkini.

Antara koleksi tin coklat jenama terkenal dikumpul adalah Cadbury, KitKat, Oreo, M & M, Kinder, Hershey’s, Sincero, Kellogs, Chupa Chups, Van Houten, makanan bijirin Oat Krunch, botol dan cawan minuman Nescafe, CocaCola serta Milo dengan rekaan menarik.

“Saya sangat berminat dengan bentuk, corak cantik dan berwarnawa­rni. Ia bukan satu

‘kerja’ sia-sia tetapi untuk dikenang dan diingati anak cucu apabila saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan 2, Kuantan, Pahang, barubaru ini.

Rusni tidak berasakan ia satu hobi ‘menjengkel­kan’ kerana setiap koleksi itu unik, ada cerita dan nilai tersendiri.

Malah anak, saudaramar­a dan rakan kerap memberinya hadiah coklat, gula-gula serta biskut dalam tin istimewa sekembali mereka dari melancong di luar negara.

“Mereka tahu minat saya sebab itu sanggup berhabis duit untuk belikan hadiah dan saya pula memang seronok sangat dapat hadiah tin comel ini,” katanya yang sanggup menghabisk­an masa berjam-jam membersih dan mengubah susun atur koleksinya itu.

Antara koleksi sentimenta­l Rusni adalah tin coklat Tin Walkers edisi British Royal Family yang dihadiahka­n sepupunya sebagai kenangan ketika melancong di London tiga tahun lalu.

“Begitu juga dengan sebuah tin coklat jenama KitKat lama yang turut menceritak­an bagaimana coklat diperkenal­kan dan menjadi pilihan rakyat dunia sehingga kini.

“Kedua-dua koleksi ini tiada di pasaran Malaysia dan saya rasa bertuah kerana memilikiny­a. Semuanya umpama bahan sejarah yang perlu dijaga sebaik mungkin sebagai kenangan untuk anak cucu pada masa depan,” katanya.

Pemberian anaknya, Khairul Hazwan, 32, juga antara koleksi kesayangan Rusni.

Ia adalah koleksi tin coklat empat segi yang menggambar­kan rumah kedai lama di Phuket, Thailand, yang diberi pada 2015.

Selain itu ialah tin coklat London Bus

Kediaman Rusni sarat lebih 500

koleksi daripada pelbagai jenama edisi

terhad

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia