Harian Metro

Pengeluara­n cat tanpa plumbum

-

17 syarikat buat perjanjian demi persekitar­an selamat

apabila bukan saja sebagai bahan untuk menghiasi permukaan, malah berperanan penting dalam menyediaka­n persekitar­an yang selamat untuk pengguna.

“Masanya sudah tiba untuk kita memberikan tumpuan kepada isu plumbum dalam cat demi kesihatan dan persekitar­an,” katanya ketika berucap merasmikan MPMA Green Forum: Towards Lead-Free Paints - The Malaysian Context, baru-baru ini.

Pada masa sama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyedari kesan jangka panjang pendedahan cat yang mengandung­i plumbum kepada kesihatan dan persekitar­an.

GAELP, sebagai inisiatif yang diterajui WHO dan Program Persekitar­an Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) sejak 2011 menyedari berkenaan keperluan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan agensi kerajaan dan orang awam berkaitan isu terbabit.

Malah forum itu juga dilihat sebagai inisiatif MPMA dalam usaha mengubah pendekatan syarikat pembuat cat negara ini untuk memainkan peranan ke arah undangunda­ng cat tanpa plumbum sepenuhnya menjelang 2020.

Lebih membanggak­an sejumlah 17 syarikat membuat perjanjian ke arah pengeluara­n cat tanpa plumbum dalam cat hiasan menjelang 2018 selain semua kategori cat pada 2020.

Menurut Pengerusi MPMA Julina Zainal Abidin West, usaha ini membawa perubahan yang lebih besar pada tahun akan datang.

Plumbum dikenal pasti sebagai bahan toksik kumulasi yang memberi kesan sampingan terhadap pelbagai sistem tubuh namun tahap pendedahan selamat tidak dapat ditentukan.

Sejak sekian lama ia menjadi bahan dalam cat yang digunakan untuk menghiasi bahagian dalaman dan luaran bangunan, alat permainan, perabot dan peralatan taman permainan yang memberikan kesan kepada kesihatan manusia.

“Mewakili persatuan industri cat di negara ini, MPMA bertindak sebagai penjalin hubungan antara pihak industri dan kerajaan.

“MPMA memastikan ahlinya mematuhi perundanga­n negara selain menerajui perubahan industri ke arah standard global.

“Namun melalui komitmen perjanjian daripada anggota kami dalam pelbagai kapasiti masing-masing, kami yakin Malaysia dapat membangunk­an perundanga­n ke arah masa depan yang lebih cerah dan selamat,” kata Julina.

 ??  ?? BARISAN wakil syarikat pengeluar cat yang menandatan­gani perjanjian jaminan menghentik­an penggunaan bahan berasaskan plumbum dalam pembuatan cat.
BARISAN wakil syarikat pengeluar cat yang menandatan­gani perjanjian jaminan menghentik­an penggunaan bahan berasaskan plumbum dalam pembuatan cat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia