Harian Metro

Idea terkini dalam setiap rekaan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Mengetenga­hkan konsep suai padan yang bersifat retro, namun rekaan terkini menjadikan koleksi busana sentuhan kreatif dua anak muda tempatan ini tampak unik.

Direka dengan penuh ketelitian, koleksi Twoo Official dihasilkan khusus untuk wanita yang berani berfesyen namun pada masa sama mahukan sesuatu selesa digayakan.

Gabungan idea Mohamad Fareez Azuan Abdullah dan rakan karibnya, Mohamad Idham Ismail menarik perhatian

ramai terutama wanita yang gemarkan fesyen terkini.

Menurut Mohamad

Fareez Azuan, Twoo

Official mula bertapak dalam industri fesyen tempatan sejak tahun lalu dan menerima sambutan menggalakk­an daripada semua wanita tanpa mengira usia.

“Kami menghasilk­an rekaan berbeza dan untuk koleksi terbaru terdapat enam koleksi terkini antaranya gaun labuh serta pelbagai rekaan baju.

“Dengan konsep suai padan yang kami bawakan, pelanggan bukan sekadar membeli koleksi Twoo Official kerana pada masa sama kami akan memberikan cadangan jenis fesyen bersesuaia­n untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin pelanggan yang menggayaka­n koleksi Twoo Official akan berpuas hati dengan gaya terhasil.

“Kami turut menerima tempahan mengikut rekaan yang dimahukan pelanggan dan walaupun koleksi kami kebanyakan­nya sesuai untuk golongan muda namun tidak salah sekiranya ia digayakan wanita berusia yang berani.

“Bagi soal harga, koleksi kami dijual pada harga berpatutan iaitu di bawah RM200 untuk memastikan sesiapa saja mampu memilikiny­a,” ujarnya.

Mohamad Fareez Azuan berkata, untuk perancanga­n 2018, pihaknya bakal mengeluark­an koleksi perayaan dan pengantin.

“Diharap dengan suntikan idea terkini dalam setiap rekaan yang kami hasilkan ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada wanita untuk berfesyen.

“Walaupun mementingk­an aspek terkini, keselesaan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Koleksi perayaan dan pengantin untuk

perancanga­n 2018

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1. KOLEKSI yang berbeza ilham kreatif dua jejaka.
2. SESUAI digayakan semua wanita.
3. CANTIK dan unik.
4. DIREKA dengan penuh ketelitian.
1. KOLEKSI yang berbeza ilham kreatif dua jejaka. 2. SESUAI digayakan semua wanita. 3. CANTIK dan unik. 4. DIREKA dengan penuh ketelitian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia