Harian Metro

Jersi serap peluh

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Direka khas untuk memupuk semangat cintakan sukan menjadikan koleksi jersi Malaysia Tanah Tumpah Darahku by Furby & Sugar Fitness daripada jenama Furby & Sugar antara yang perlu dimiliki.

Jersi ini dihasilkan menggunaka­n warna yang terdapat pada bendera Malaysia dan bilangan jalur gemilang.

Menurut pengasas

Furby & Sugar Januar Haikal Shamsudin, jenamanya sebelum ini lebih dikenali dengan penghasila­n kemeja-T kapas dengan cetakan emas di bahagian leher.

“Kami mengorak langkah ke hadapan dengan menghasilk­an koleksi jersi Malaysia ini untuk pencinta dunia sukan dan kecergasan.

“Menggunaka­n material jenis Neoprene yang juga material sama digunakan untuk semua jersi ragbi menjadikan koleksi kami antara jersi terbaik dan berbaloi untuk dimiliki,” katanya.

Januar Haikal berkata, material yang digunakan setanding dengan jersi keluaran syarikat sukan gergasi lain kerana ketahanan fabrik dan kemampuan menyerap peluh di samping tahan lama.

“Kami mensasarka­n golongan yang cintakan sukan selain individu yang mahukan jersi berbeza khususnya bagi memenuhi keinginan pengumpul jersi.

“Jersi ini kini dijual pada harga promosi iaitu RM90 dan harga asalnya pada RM120,” ujarnya.

Tambahnya, ia juga didatangka­n dalam pilihan saiz bermula XS hingga 4XL.

Didatangka­n dalam pilihan saiz bermula XS hingga

4XL

 ??  ?? DIHASILKAN menggunaka­n material berkualiti dan tahan lama. SESUAI untuk individu yang gemar bersukan.
DIHASILKAN menggunaka­n material berkualiti dan tahan lama. SESUAI untuk individu yang gemar bersukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia