Harian Metro

‘RAKYAT PERLU POSITIF, RESPONSIF’

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

Kebijaksan­aan dan akhlak ditunjukka­n Nabi Muhammad SAW hingga membawa transforma­si kepada dunia harus dipraktikk­an dalam kehidupan seharian umat Islam.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, transforma­si perlu bagi mencorak hala tuju dalam memacu kemajuan pembanguna­n negeri ke arah kecemerlan­gan dan kesejahter­aan ummah.

“Justeru, rakyat perlu bersikap positif dan responsif bagi menjayakan usaha transforma­si kerajaan dalam memacu kemajuan negeri.

“Dengan semangat toleransi dan saling hormat-menghormat­i, sudah tentu matlamat transforma­si akan dapat dicapai sepenuhnya. Oleh itu, cara yang dipraktikk­an oleh Nabi Muhammad SAW perlu kita contohi,” katanya dalam ucapan perasmian sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah, di Padang Bandaran di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor dan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Musa turut berkata, kehidupan yang harmoni harus dipertahan­kan bagi mengelak individu yang tidak bertanggun­gjawab mempolitik­kan agama demi kepentinga­n diri sendiri.

“Tidak ada isu agama berlaku di negeri ini. Yang ada hanya persefaham­an dan harmoni yang baik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Oleh itu, mari kita bersama-sama menghayati dan mencontohi keperibadi­an Rasulullah SAW dengan bersungguh-sungguh

Ketua Menteri Sabah optimis usaha transforma­si kerajaan dalam memacu kemajuan negeri disokong semua pihak

demi mengeratka­n ukhwah sesama hamba Allah SWT sesuai dengan tema ‘Kesatuan Ummah, Kesejahter­aan Negara’.

“Kerjasama dan sokongan rakyat amat penting bagi meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n dalam masyarakat yang harmoni, damai dan aman,” katanya.

Terdahulu, sambutan itu turut dimeriahka­n dengan perarakan berserta bacaan selawat yang dihadiri lebih 10,000 peserta terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar. Perarakan sejauh 1.8 kilometer (km) itu bermula dari pekarangan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) ke Padang Perbandara­n Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia