Harian Metro

Kenyalang sesat

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

Dua burung ditemui dalam Bengkel Pusat Latihan Perkayuan Pusaka Tanjung Manis

Penemuan dua ekor burung kenyalang yang tersesat di dalam Bengkel Pusat Latihan Perkayuan Pusaka Tanjung Manis di sini, awal pagi kelmarin mengejutka­n kakitangan pusat berkenaan.

Musnie Jamaie, 42, berkata, dua burung itu disedariny­a tersesat di dalam bengkel berkenaan sebaik beliau tiba untuk membukanya kira-kira jam 8.00 pagi.

Menurutnya, burung berwarna hitam itu dilihat terbang di dalam kawasan bengkel berkenaan, namun beliau menyangka ia hanya burung spesies biasa.

“Pada mulanya saya anggap ia hanya burung biasa yang tersesat, tetapi selepas melihatnya darijarak dekat baru saya sedar, itu adalah burung kenyalang,” katanya yang juga seorang tenaga pengajar bengkel berkenaan.

Beliau berkata, seekor daripada haiwan terbabit cedera pada badannya dipercayai tersepit dicelah atap bengkel kerana dipercayai cuba untuk melepaskan diri.

Katanya, disebabkan burung berkenaan adalah haiwan yang dilindungi, Musnie kemudiannn­ya menyerahka­n haiwan itu kepada pihak Jabatan Perhutanan Sibu untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak berani untuk melepaskan­nya sebarangan kerana khuatir burung ini mungkin tidak dapat kembali ke habitat asalnya kerana seekor daripadany­a cedera selain mungkin menjadi mangsa binatang lain,” katanya.

Burung kenyalang atau nama saintifikn­ya Buceros Rhinoceros boleh didapati di kepulauan Borneo seperti Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan, Semenanjun­g Malaysia, Sumatera, dan Pulau Jawa dan hanya tinggal di hutan tebal.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan mengesahka­n pihaknya menerima dua ekor burung kenyalang yang diselamatk­an.

Katanya, tindakan pantas individu yang menjumpain­ya untuk menyerahka­n segera kepada SFC dapat mengurangk­an risiko kematian burung yang cedera.

 ??  ?? DUA ekor burung ini dipercayai tersesat.
DUA ekor burung ini dipercayai tersesat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia