Harian Metro

SAH IZREEN ISTERI KEDUA

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Isteri pertama Ude dedah suami nikahi dramatis 8 Ogos lalu

Kuala Lumpur:

Pemuzik yang dikatakan berkahwin dengan pelakon Izreen Azmindar, Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude, akhirnya mengaku menikahi dramatis itu selepas isterinya tampil membuat pendedahan.

Ude sewaktu yang ditemui turut mengaku wanita yang tampil membuat pengakuan itu adalah isteri pertamanya, Intan Liana.

“Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Ude enggan berkongsi butiran lanjut pernikahan­nya dengan Izreen.

“Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaska­nnya nanti,” katanya.

Ude juga menafikan rumahtangg­anya dengan Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen.

“Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi (semalam), pelbagai spekulasi timbul.

“Saya mohon hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaru­hi emosi kedua-dua isteri saya.

“Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang menguruska­n sendiri isteri dan keluarga saya,” katanya.

Ude turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluargany­a.

“Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari saya demi menjaga keharmonia­n rumah tangga kami,” katanya.

Ude mempunyai dua anak berumur 3 tahun dan 11 bulan bersama Intan.

Gosip mengenai perkahwina­n Izreen dengan Ude mula diperkatak­an apabila Izreen meletakkan namanya sebagai Mrs Ude dalam Instagramn­ya.

 ??  ??
 ??  ?? UDE
IZREEN
UDE IZREEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia