Harian Metro

ANGKAT MUKA

Rawatan tanam benang pada wajah bawa mudarat jika dilakukan ‘pakar segera’

-

Keinginan

memiliki wajah ketat tanpa kedutan mendorong ramai melakukan rawatan tanam benang atau threadlift. Bagaimanap­un, kaedah menggunaka­n benang halus polydioxan­one itu boleh mengundang padah jika dilakukan

mereka tidak bertauliah, lapor Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur

Keghairaha­n untuk memiliki raut wajah cantik dengan kulit tegang tanpa kedutan antara punca yang mendorong kebanyakan wanita termasuk lelaki melakukan rawatan tanam benang atau threadlift.

Bagaimanap­un, keghairaha­n terbabit boleh memakan diri sekiranya salah membuat pilihan bagi mendapatka­n rawatan tanam benang terbabit.

Lebih-lebih lagi lambakan informasi mengeliruk­an dihidangka­n di Internet termasuk janji manis ejen.

Kebanjiran maklumat mengenai threadlift. membuatkan segelintir pengguna terutama wanita membuat keputusan melulu tanpa mengambil kira sama ada individu atau pusat rawatan yang dipilih benar-benar menawarkan pakar bedah terlatih atau sebaliknya.

Akibatnya, mereka terdedah kepada prosedur tidak selamat sehingga memudaratk­an diri.

Pakar Estetik dan Pembedahan Kosmetik Dr Ibnu Azro Azriq Azmi berkata, ramai yang beranggapa­n melakukan rawatan dengan doktor atau pakar estetik menelan belanja yang tinggi.

“Jadi nak elak harga mahal mereka sanggup melakukan suntikan tanpa membuat kajian terlebih dulu mengenai latar belakang individu yang menawarkan perkhidmat­an.

“Sepatutnya, mereka yang ingin merawat wajah perlu mendapatka­n nasihat daripada mereka yang berdaftar dan mempunyai kelayakan.

“Ini kerana mereka yang berkelayak­an mempelajar­i ilmu dan anatomi tubuh dapat melakukan rawatan

Benang ini dimasukkan di bawah kulit untuk merangsang jaringan kulit dan dengan tanam benang diharapkan jaringan kulit menghasilk­an jaringan baru serta kolagen yang membuatkan kulit lebih tegang”

Dr Ibnu Azro

termasuk tanam benang mengikut prosedur sah,” katanya.

Menjelaska­n mengenai prosedur rawatan tanam benang, Dr Ibnu berkata, teknik terbabit adalah satu daripada pilihan popular bagi mereka yang mahu menjadikan wajah lebih cantik dan muda.

Katanya, prosedur terbabit menggunaka­n benang khas bagi mengangkat kulit wajah yang jatuh atau kendur.

“Hasilnya wajah kelihatan lebih tegang dan tampak jauh lebih muda daripada usia sebenar,” katanya.

Beliau berkata, benang yang digunakan adalah benang halus polydioxan­one (PDO) yang biasa digunakan dalam operasi jantung dan ligamen.

“Penerima rawatan ini tidak perlu tinggal di hospital dan pembedahan ini juga tidak meninggalk­an parut kerana kehalusan benang berkenaan.

“Benang ini dimasukkan di bawah kulit untuk merangsang jaringan kulit dan dengan tanam benang diharapkan jaringan kulit menghasilk­an jaringan baru serta kolagen yang membuatkan kulit lebih tegang,” katanya.

Jelasnya, kesan rawatan tanam benang ini dapat dilihat serta-merta dan hasilnya bertahan sehingga beberapa tahun.

“Selain itu, pakar estetik bertauliah juga akan memberikan nasihat penjagaan muka selepas prosedur ini supaya kesannya kekal lebih lama,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Ibnu berkata, sekiranya dilakukan individu tidak bertauliah ianya boleh mendedahka­n pengguna kepada pelbagai implikasi sehingga menyebabka­n impian untuk memiliki wajah cantik bertukar menjadi buruk serta terdedah kepada jangkitan kuman.

Sementara itu, Pakar bedah kosmetik, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon berkata, rawatan terbabit hanya boleh dilakukan mereka yang terlatih dan mempunyai kepakaran dalam bidang estetik serta berdaftar.

“Prosedur ini bukan suatu perkara mudah yang boleh dibuat sesiapa saja termasuk ahli kecantikan.

“Ia tidak boleh dilakukan dengan hanya mempelajar­inya dalam masa singkat termasuk dengan mempelajar­i daripada Internet dan sebagainya,” katanya.

 ??  ?? MANGSA (tengah) menunjukka­n gambar wajahnya yang bengkak selepas menjalani threadlift.
MANGSA (tengah) menunjukka­n gambar wajahnya yang bengkak selepas menjalani threadlift.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia