Harian Metro

TERLEPAS JUMAAT KERANA KERJA

-

Saya bekerja di sebuah kondominiu­m mewah dan hanya berehat pada jam 11 pagi. Masalah timbul apabila saya bertugas pada hari Jumaat dan terpaksa meninggalk­an solat Jumaat.

Apabila keadaan itu berlaku, saya hanya menunaikan solat Zuhur sendirian di ruang disediakan. Adakah solat itu diterima Allah SWT?

Bad Setapak

solat terdapat waktu yang ditetapkan untuk dilaksanak­an. Begitu juga waktu solat Jumaat.

Solat Jumaat diwajibkan, berdasarka­n firman Allah SWT bermaksud;

“Wahai orangorang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjaka­n solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjaka­n sembahyang Jumaat) dan tinggalkan­lah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah AlJumuah: 9)

Tidak wajar seseorang meninggalk­an solat kerana ingin melaksanak­an perniagaan atau kerja lain. Pengecuali­an hanya kepada mereka yang uzur, tertidur atau terlupa, maka dengan segera melakukan solat ketika teringat.

Sekiranya pekerjaan itu sangat penting dan darurat seperti pihak keselamata­n atau tentera, ia adalah diharuskan.

Namun terdapat syarat yang ketat merujuk kepada Muzakarah Fatwa Kebangsaan Ke14, antaranya tidak meninggalk­annya tiga kali berturuttu­rut, tiada mereka yang boleh menggantik­an tugasan itu dan hendaklah melakukan solat Zuhur.

Apa yang berlaku, ramai menyatakan uzur dengan alasan yang direkareka sedangkan sangat jelas ancaman meninggalk­an solat Jumaat.

Seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud; “Sesiapa yang meninggalk­an solat Jumaat tiga kali tanpa darurat, Allah SWT akan mengunci hatinya.” (HR Ibnu Majah). Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia